SEREMBAN: Sembilan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Lembah Klang akan dinaik taraf dengan satu dibina baharu di sini membabitkan anggaran kos keseluruhan berjumlah RM280 juta, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata penaiktarafan di bawah projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) itu melibatkan KTMB Salak Selatan, Bangi, Pantai Dalam, Seri Setia, Batu Tiga, Padang Jawa, Klang, Jalan Kastam dan Pelabuhan Klang, manakala pembinaan stesen baharu dinamakan Stesen Seremban Sentral.
Loke berkata kesemua projek berkenaan akan dimulakan serta-merta dengan Stesen Seremban Sentral dijangka disiapkan dalam tempoh 24 bulan, sekali gus bakal menjadi mercu tanda bandar raya Seremban.
"Kabinet dua hari lepas setuju naik taraf sembilan stesen dan satu bina baharu. Hal ini merupakan komitmen kerajaan untuk terus beri kemudahan dan infrastruktur baik dalam sistem rel kita. Ia hala tuju baharu kerajaan sekali gus menjadikan pengangkutan awam sebagai mod penting.
"Saya tahu sekarang ramai mengeluh perkhidmatan KTMB lambat kerana kekerapan tak tinggi berikutan projek naik taraf landasan masih berjalan ... tetapi ini hanyalah jangka pendek," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pembinaan Stesen Seremban Sentral di sini hari ini.
Ahli Parlimen Seremban itu berkata beliau memahami kesulitan dialami para pengguna ketika ini, namun kerja naik taraf landasan itu perlu dijalankan serentak supaya dalam beberapa tahun akan datang tiada lagi penaiktarafan lain dilakukan sehingga menjejaskan orang ramai.
Jelas beliau pada masa sama, pihaknya turut membuat mitigasi lain termasuk menambah kekerapan tren berkenaan di sektor Lembah Klang.
"Saya harap pengguna juga menggunakan aplikasi kita untuk mengetahui waktu perjalanan tren bagi memastikan mereka tidak menunggu lama di stesen. Dalam masa terdekat ini, kita cuba tingkatkan kekerapan frekuensi.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga telah mengarahkan semua menteri untuk menjalankan kerja mereka dengan cepat, 2024 ialah tahun pelaksanaan dan kita perlu bertindak pantas," katanya.
Dalam pada itu, Loke berkata pembinaan Stesen Seremban Sentral bernilai RM170 juta itu menitikberatkan warisan sejarah stesen asal selain mengintegrasikan aspek kemodenan dengan reka bentuk unik menggunakan konsep Minangkabau.
"Ia bukan stesen biasa, rekaan menggunakan kaca, reka bentuk moden dan mengambil kira pelepasan karbon sifar bersih, boleh dikatakan stesen hijau, pada waktu siang dapat menjimatkan elektrik kerana menggunakan cahaya matahari dan tenaga itu boleh dikitar semula," katanya.
Loke berkata pada masa sama, ia masih mengekalkan fakad (bahagian depan) stesen lama bagi menjaga dan memulihara sejarahnya dengan kerja naik taraf dipantau Jabatan Warisan Negara.
Menurut beliau, apabila siap nanti, stesen yang dikelilingi pelbagai kemudahan komersial dan infrastuktur termasuk Masjid Negeri dan pusat beli-belah itu akan melengkapkan pembangunan Seremban Sentral yang akan menjadi nadi kepada pembangunan bandar Seremban.
Katanya, Seremban Sentral seluas kira-kira sembilan hektar berkonsepkan Pembangunan Berorientasikan Transit menghimpunkan komponen termasuk rumah mampu milik, pejabat dan hotel seperti KL Sentral, tetapi dalam skala rendah selain dijangka menjana nilai pembangunan kasar RM1.4 bilion.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata projek KVDT1 kini hampir mencapai 97 peratus dan dijangka disiapkan sepenuhnya akhir April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Loke berkata kesemua projek berkenaan akan dimulakan serta-merta dengan Stesen Seremban Sentral dijangka disiapkan dalam tempoh 24 bulan, sekali gus bakal menjadi mercu tanda bandar raya Seremban.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Warga Pakistan mengaku rompak, rogol wanita di jejantas KTMB
Seorang penganggur warga Pakistan mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol dan merompak seorang wanita tempatan di jejantas stesen KTMB.

Setiap stesen KTMB mesti dilengkapi lif dalam masa setahun - Anthony Loke
Setiap stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) mesti dilengkapi kemudahan lif dalam masa setahun, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.