KOTA BHARU: "Semoga ada keajaiban, diharap mereka lepaskan kakak saya.”
Itu luahan adik kepada ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi yang diculik penjenayah baru-baru ini.
Menurut adiknya yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammad itu, semakin lama berlanjutan kes tersebut, semakin membuatkanya keluarganya tidak dapat tidur lena.
"Semakin lama, semakin khuatir dan membuatkan kami sekeluarga sangat merindui kakak saya.
"Semoga dia (kakak) berada dalam keadaan selamat. Harap penculik itu bagi makan dan minum kepada kakak. Kami hanya mampu memohon doa yang tak putus-putus dan berharap kepada Allah sahaja," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pagi tadi.
Tambah Mohammad, keluarganya masih belum menerima sebarang perkembangan terbaharu daripada pihak polis atau penjenayah berhubung kes penculikan itu.
"Kami juga masih tidak dapat panggilan daripada penculik untuk mendapatkan wang tebusan bagi kakak saya. Malah, setakat ini juga masih belum ada perkembangan daripada pihak polis.
"Buat masa ini juga kami minta jasa baik semua untuk tidak mengganggu siasatan polis. Cukup setakat ini dulu kenyataan yang saya mampu berikan kepada pihak media.
"Diharap semua faham dan mendoakan kemudahan dan kelancaran siasatan polis bagi kes ini. Saya sangat kasihan pada mak dan ayah saya. Mereka masih dalam keadaan trauma dan ketakutan selepas insiden penculikan ini berlaku," tambah Mohammad.
Azi yang berusia 36 tahun dipercayai diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Palekbang, di sini, minggu lalu.
Dalam kejadian pukul 5.10 petang itu, mangsa dilarikan oleh empat lelaki dengan menggunakan kereta jenis Toyota Vios berwarna perak.
Wanna Abd Rahim
Tue Sep 20 2022

Mohammad yang juga adik kepada mangsa culik, Azi sangat-sangat berharap kakaknya berada dalam keadaan selamat walau di mana saja dia berada.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

"Semoga ada keajaiban, harap penculik lepaskan kakak saya" - Adik mangsa culik
Selagi belum ada khabar, selagi itu keluarga Azi resah dan trauma.

Mungkin di Thailand, usaha sedang dilakukan kesan wanita diculik - Polis Kelantan
Pihak Polis Kelantan sedang berusaha menjejaki wanita yang dibawa lari oleh empat individu yang dipercayai berada di negara jiran.

"Harap kakak selamat, hentikan sebarang spekulasi" - Adik wanita diculik
Adik kepada wanita yang diculik oleh sekumpulan anggota sindiket pengedaran dadah di Tumpat mengharapkan kakaknya ditemukan selamat.