KUALA LUMPUR:Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama perlu menyemai sikap bertanggungjawab, disiplin serta bersifat melindungi dalam diri masing-masing.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga sikap itu perlu ada dalam diri setiap rakyat demi sebuah negara yang kuat dan bermaruah.
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok, Anwar berkata ketiga-tiga sifat yang ada dalam tahun lembu itu bersesuaian dengan perjuangan memerangi wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
"Mengikut tradisi astrologi Cina, tahun ini adalah tahun lembu yang membawa maksud bertanggungjawab, disiplin serta bersifat melindungi.
"Ketiga-tiga sifat ini tampaknya amat cocok dengan perjuangan kita di masa sekarang yang amat memerlukan sifat-sifat ini dalam memerangi wabak COVID-19 yang saat ini masih mengancam dan menyerang hidup warga.
"Setelah tahun tikus pada tahun lepas yang berlalu tidak seperti yang kita semua harapkan, saya menggesa semua termasuk diri saya untuk menginsafinya dan bersama berikhtiar dan berusaha membendung wabak ini.
"Aspek lain yang ingin saya tegaskan adalah ketiga-tiga sifat itu mesti tersemat di sanubari kita dalam upaya memungkinkan sebuah negara dan bangsa yang kuat dan bermaruah, serta yang menolak kebobrokan dan kebejatan meski di saat wabak menyerang.
"Semangat kita tidak harus goyah dan luntur, malah harus diperkuat," kata Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam perutusan khas Tahun Baharu Cina pada Khamis.
Beliau dalam masa sama menggesa seluruh rakyat untuk sama-sama menginsafi apa yang telah berlaku di tahun sebelum ini dan bersama berikhtiar membendung wabak COVID-19.
Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini dirayakan dalam suasana norma baharu dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) dikenakan dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.
Astro Awani
Thu Feb 11 2021
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga sifat yang ada dalam tahun lembu itu bersesuaian dengan perjuangan memerangi wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia. - Gambar fail
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
Sempena Tahun Baharu Cina, Anwar ajak rakyat lebih bertanggungjawab, berdisiplin, melindungi
Menurut Anwar Ibrahim, ketiga-tiga sikap itu perlu ada dalam sanubari rakyat demi sebuah negara yang kuat dan bermaruah.