KUALA LUMPUR: Kemelut politik yang tak berkesudahan sehingga hari ini adalah berpunca daripada beberapa individu yang tidak dapat membendung nafsu besar politik mereka.
Demikian pendapat disuarakan Dr Chandra Muzaffar yang memerhatikan senario politik negara dan merumuskan, beberapa individu ini terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.
Mereka juga mahu meloloskan diri daripada berdepan pengadilan susulan deretan pertuduhan jenayah yang didakwa dilakukan, katanya kepada Astro AWANI semalam.
“Ada seorang individu yang sudah lama bercita-cita nak jadi Perdana Menteri, dia dah cuba beberapa tahun dulu dalam perebutan kuasa dalam parti yang memerintah. Walaupun tak begitu agresif pada satu peringkat, tetapi ini memang menjadi cita-citanya.
“Ada seorang lagi yang memang hendak jadi Perdana Menteri sejak tahun 1988. Dia cuba beberapa kali, pada 2008 kemudian sekali lagi pada 2014. Memang inilah cita-citanya yang mewarnai karier politiknya secara keseluruhan, macam tak ada cita-cita lain.”
“Ada pula dua individu ini yang merumitkan keadaan, pernah berkuasa, salah seorangnya menjadi Perdana Menteri dan seorang lagi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi mereka terlibat dalam kes-kes mahkamah yang besar berhubung kait dengan rasuah dan skandal terbesar yang dihadapi Malaysia,” ceritanya.
Maka, disebabkan itu, kata Chandra, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja dan terus menerus merebut kuasa demi kepentingan sendiri walaupun mereka tahu akibat daripada perbuatan itu.
Menurutnya, kepimpinan kerajaan terus menerus ditekan kerana tidak memenuhi kehendak atau permintaan kumpulan ini, sekali gus mengganggu usaha memulihkan negara dan rakyat yang merana dibadai pelbagai krisis yang dicetuskan pandemik COVID-19 yang semakin meruncing hari demi hari.
Kata Chandra, mereka mengharapkan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Perdana Menteri dapat membantu mereka membebaskan diri daripada penjara, tetapi beliau tidak sanggup melanggar prinsip.
“Seorang sahabat saya hadir semasa isu ini dikemukakan, dia tahu Muhyiddin, jelas beliau tegas dalam soal ini dan beliau tolak secara sopan. Katanya (Muhyiddin), kalau ada hujah-hujah, bentangkannya kepada mahkamah kerana itu caranya.
“Ini bukan propaganda, bukan retorik, beliau mengamalkannya dan membuktikan yang beliau tidak mahu campur tangan dalam hal berhubung kait dengan mahkamah. Beliau mempertahankan prinsip kebebasan, kedaulatan dan integriti sistem kehakiman kita,” ujarnya.
Atas tekanan berterusan, Muhyiddin akhirnya meletakkan jawatan semalam, menjadi Perdana Menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia selama 17 bulan.
Israr Khalid
Mon Aug 16 2021

Chandra Muzaffar berkata, beberapa individu mahu meloloskan diri daripada berdepan pengadilan susulan deretan pertuduhan jenayah yang didakwa dilakukan. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia-Turkiye perlu kembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan, persenjataan - Penganalisis
Malaysia dan Turkiye perlu mengembangkan kerjasama dalam industri ketenteraan dan persenjataan.

Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.

IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.

Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.

Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.

Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.