GEORGE TOWN: Semua jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sensitif kerana mana-mana sahaja anggota polis boleh menyalah guna kuasa dan terlibat dengan rasuah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Sehubungan itu, katanya beliau sendiri telah mengarahkan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk menyiasat mana-mana pegawai atau anggota polis yang hidup mewah, di luar kemampuan sebenar.
"Ada yang cakap JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) itu satu post (jawatan) sensitif dalam PDRM, pada saya semua jawatan sensitif, sebab mana-mana manusia yang jadi polis mempunyai kuasa, dia boleh salah guna kuasa dan terlibat dalam rasuah.
".. beritahu saya mana satu post yang tidak sensitif dalam PDRM, JSJ sensitif, Pasukan Polis Marin (PPM) sensitif. malah Pasukan Gerakan Am (PGA) yang jaga sempadan (negara) tu lagi sensitif," katanya kepada pemberita dselepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Marin ke 76 di Markas PPM Wilayah 1 di Batu Uban, di sini hari ini.
Sementara itu, merujuk kepada kenyataan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain baru-baru ini yang memberi amaran kepada pegawai dan anggota hidup mewah kerana bersubahat dengan sindiket jenayah, Razarudin berkata perkara itu memang telah dibincangkan bersama pengarah-pengarah pelbagai Jabatan di ibu pejabat Polis Bukit Aman.
"Kenyataan Datuk (Seri) Shuhaily itu adalah berpaksikan kepada fokus saya, sebelum itu pun saya sudah bincang dengan Timbalan Ketua Polis dan Shuhaily sendiri, melihat kepada pegawai-pegawai yang hidup mewah.
"Namun kalau dia (pegawai atau anggota) memang mampu hidup mewah, contoh ada sarjan yang isteri dia memang gaji RM80,000 sebulan sebab isteri dia adalah pegawai besar mana-mana syarikat, dia nak beli kapal terbang pun tak apa," katanya.
Beliau berkata JIPS sedang memeriksa dan membuat semakan terhadap semua pegawai dan anggota polis bagi memastikan mereka mengisi pengisytiharan harta, terutama melibatkan penambahan harta bagi memastikan ia selari dengan pendapatan.
Razarudin berkata PDRM juga akan membetulkan secara dalaman kekurangan yang ada pada agensi berkenaan bagi mengembalikan integriti dan kepercayaan rakyat kepada polis.
"Kalau nak tanya saya adakah pegawai dan anggota terlibat dengan sindiket, saya kena cakap ada, saya duduk Pengarah (Jabatan Siasatan Jenayah) Narkotik dahulu, memang ada pegawai dan anggota terlibat dengan sindiket dan kita ambil tindakan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas,'' katanya.
Beliau berkata sejak awal tahun ini hingga bulan ini, 90 orang pegawai dan anggota polis ditahan oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan jumlah itu terlalu kecil berbanding jumlah keseluruhan pegawai serta anggota PDRM.
Razarudin berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan membabitkan kes tatatertib terhadap 881 pegawai dan anggota sekak awal Januari hingga bulan ini iaitu kira-kira 0.06 peratus berbanding 130,000 anggota polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika sidang media pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Pasukan Polis Marin Ke-76 di Markas Pasukan Polis Marin, Batu Uban hari ini. - Foto BERNAMA
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.
Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata, sebuah pasukan bertindak yang mewakili pelbagai agensi berkaitan telah dibentuk, dan mereka akan ke pulau pelancongan tersebut untuk membantu menyelesaikan is penduduk tiada sijil nikah
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Kerajaan Selangor percaya penjawat awam yang terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah seperti yang dilaporkan baru-baru ini, bergerak dalam satu sindiket terancang.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan awal pihak berkuasa mendapati kegiatan kumpulan pegawai berkenaan turut melibatkan pejabat peguam tertentu
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata siasatan awal pihak berkuasa mendapati kegiatan kumpulan pegawai berkenaan turut melibatkan pejabat peguam tertentu
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau rapi situasi membabitkan lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir.
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Semua jawatan dalam PDRM sensitif - KPN
Semua jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sensitif kerana mana-mana sahaja anggota polis boleh menyalah guna kuasa dan terlibat dengan rasuah.