KOTA BHARU: Sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan Tasik Chini, Pahang termasuk kelulusan baharu untuk pengambilan pasir, mineral atau sebagainya telah dihentikan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata arahan tegas itu dikeluarkan untuk memastikan Tasik Chini dapat dipelihara dan dipulihara semula untuk mengekalkannya sebagai sebahagian Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR).
Katanya beberapa tindakan telah diambil oleh kerajaan Persekutuan mahupun negeri untuk memastikan status Tasik Chini tidak dilucutkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
"Kita telah diberikan tempoh masa oleh pihak UNESCO untuk memulihkan Tasik Chini sekali gus kawasan berkenaan dapat dikekalkan sebagai sebahagian WNBR dengan beberapa tindakan telah dilakukan.
"Antaranya, segala kegiatan yang boleh menjejaskan di Tasik Chini tidak ada lagi apa-apa kelulusan baharu untuk urusan mengambil pasir bagi membangunkan kawasan itu termasuk untuk mengambil mineral sudah tidak ada di kawasan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga di Sekolah Kebangsaan (SK) Islah, di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Guru Besar SK Islah Mohamad Shaufi Abdullah.
Media sebelum ini melaporkan, hasil tinjauan UNESCO yang disiarkan mengenai Tasik Chini baru-baru ini mendapati ia tidak lagi memenuhi kriteria ditetapkan.
Menurut tinjauan berkala pertama itu, Tasik Chini itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada WNBR sekali gus berisiko dilucutkan statusnya sebagai rizab biosfera.
UNESCO bagaimanapun memberi tempoh kepada Malaysia hingga 30 September ini untuk memaklumkan badan dunia itu mengenai perancangan bagi merawat dan memulihkan Tasik Chini serta tanah lembap di sekelilingnya supaya kembali sihat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 03 2022
Takiyuddin berkata arahan tegas itu dikeluarkan untuk memastikan Tasik Chini dapat dipelihara dan dipulihara semula. - Gambar fail
ACCCIM gesa kerajaan sedia skim kredit eksport, turun duti import
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk menyediakan skim kredit eksport dan menurunkan duti import.
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
30 pegawai imigresen di lapangan terbang Jakarta dipecat
30 pegawai imigresen telah dipecat susulan dakwaan pemerasan yang mensasarkan pelawat dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
ASEAN catat pertumbuhan perlahan pada Januari - SP Global
SP Global berkata landskap pekerjaan kembali stabil, manakala tekanan harga terus mereda, dengan kos operasi dan caj meningkat pada kadar paling perlahan, masing-masing dalam tempoh 18 dan empat bulan.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Singapura seru pekerja asing laporkan kes sogokan segera
Kementerian tenaga manusia Singapura pada Isnin menggesa pekerja asing untuk segera melaporkan kes wang sogokan susulan pendedahan membabitkan sebuah syarikat kontraktor yang mengenakan bayaran haram sebagai syarat pembaharuan pas kerja.
Indonesia lancar projek 3 juta kediaman setahun
Kerjasama antarabangsa menjadi titik penting dalam program itu, di mana setakat ini UAE memberikan komitmen untuk membina sejuta unit rumah dengan nilai pelaburan antara AS$16 bilion (RM72 bilion) hingga AS$20 bilion (RM90 bilion).
Malaysia perlu tunjuk keupayaan memimpin ASEAN - Agong
Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, baginda bertitah Malaysia juga perlu kekal tegas mendukung prinsip keamanan, menentang keganasan dan penindasan.
Tasik Chini tawar pelancongan berasaskan pendidikan
Beberapa pakej pelancongan ditawarkan menerusi Pusat Penyelidikan Tasik Chini menyasarkan pengunjung terdiri pelajar sekolah dan universiti.
Pahang komited laksana pemulihan Tasik Chini secara berterusan
Kerajaan Pahang komited dalam melaksanakan usaha pemulihan Tasik Chini di Pekan dekat sini, secara berterusan, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Tasik Chini kekal status Rizab Biosfera UNESCO
Nik Nazmi berkata, ia diputuskan mesyuarat ICC MAB35 2023 di Paris, Perancis pada Selasa.
Kerajaan yakin status Tasik Chini tidak terlucut - Takiyuddin
Kerajaan yakin status Tasik Chini, di Pahang sebagai sebahagian Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) tidak akan terlucut, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Permohonan baharu, sambungan perlombongan di Tasik Chini tidak akan dipertimbangkan
Pada ketika ini tiada operasi perlombongan di dalam kawasan Man and Biosphere (MAB) Tasik Chini.
Pemuliharaan Tasik Chini, pencerobohan data peribadi antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan berkaitan pemuliharaan Tasik Chini bakal diajukan Fuziah Salleh kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Tapak rizab biosfera: Pahang hantar laporan Tasik Chini kepada UNESCO
Kerajaan Pahang bersedia melakukan penambaikan di Tasik Chini bagi memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mengekalkan status rizab biosfera.
Status Tasik Chini masih boleh dipertahankan
Kawasan Tasik Chini yang berkeluasan 6,922.97 hektar dapat dipertahan jika semua penanaman semula dan pemulihan berjalan seperti dirancang.
Tapak rizab biosfera: Pahang laksana pelbagai inisiatif, pastikan status Tasik Chini tidak ditarik balik
Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang bagi mengukuhkan tadbir urus Tapak Rizab Biosfera Tasik Chini.
KeTSA tidak akan keluar sebarang kelulusan perlombongan di Tasik Chini
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) tidak akan mengeluarkan sebarang kelulusan bagi aktiviti perlombongan di kawasan sensitif dan dipelihara.