ALOR SETAR: Semua konsert terbuka di Kedah dihentikan sementara sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) yang baharu, ditetapkan dalam masa terdekat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah Mohd Firdaus Ahmad berkata pemberhentian sementara itu, bagi membolehkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan mengenai penyelarasan SOP penganjuran konsert di Kedah.
"Semalam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan memaklumkan, sebarang konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila tidak akan dibenarkan di seluruh Kedah.
"Tetapi, Menteri Besar maklum secara umum jadi kita tidak pasti jenis konsert yang macam mana tidak dibenarkan itu. Esok, saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Negeri dan mungkin ia boleh diperincikan oleh Menteri Besar," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung kejadian muda-mudi yang terkinja-kinja dalam penganjuran 'Muda Mudi Weekend Fest' di Balai Seni Alor Setar baru-baru ini di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Kelmarin, tular di media sosial rakaman video persembahan kumpulan muzik di pentas yang disaksikan anak muda, sambil melakukan pelbagai aksi antaranya menari di Balai Seni Alor Setar dan ia mengundang rasa rasa kurang senang, memandangkan ia diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.
Dalam pada itu, Mohd Firdaus berkata hasil perbincangan dan perjumpaan bersama penganjur mendapati, tiada sebarang pelanggaran melibatkan pihak berkenaan sebaliknya kejadian yang terjadi itu adalah berada dalam luar jangkaan mana-mana pihak.
"Penganjur memang sudah sedia maklum dengan arahan dan SOP yang perlu dipatuhi, selain telah mendapat kebenaran pihak polis dan lesen hiburan untuk penganjuran program berkenaan. Penganjur juga telah mengambil tindakan awal, dengan memberhentikan konsert pada waktu kejadian itu berlaku.
"Saya sendiri telah melihat tentatif program iaitu pada pukul 1 tengah hari, 4 petang, 7 dan 8 malam, sebarang aktiviti hiburan dihentikan sementara waktu bagi menunaikan fardhu solat, tetapi perkara ini menjadi isu besar kerana tapak program terletak berhampiran Masjid Zahir dan Pejabat Agama Islam," katanya.
Beliau berkata program yang diadakan pada 30 Sept dan 1 Okt itu, lebih kepada himpunan anak muda yang meminati seni selain membuka peluang kepada usahawan muda untuk menjana pendapatan dengan penjualan produk makanan dan minuman, pakaian serta barangan perhiasan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Mohd Firdaus Ahmad berkata pemberhentian sementara itu, bagi membolehkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan mengenai penyelarasan SOP penganjuran konsert di Kedah. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Konsert secara terbuka tidak dibenarkan di Kedah - Exco
Kerajaan negeri telah membuat ketetapan bahawa semua konsert secara terbuka tidak akan dibenarkan di Kedah.

Semua konsert terbuka di Kedah dihentikan sementara
Semua konsert terbuka di Kedah dihentikan sementara sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) yang baharu, ditetapkan dalam masa terdekat.

Konsert Lefthanded di Stadium Sultan Muhammad IV dibatalkan
Difahamkan pihak penganjur sudah membatalkan konsert itu dan tidak mengumumkan bilakah tarikh lain untuk konsert berkenaan.

Legenda rock, Lefthanded, bakal gegarkan Kelantan Februari 2021
Konsert Lefthanded menerusi Projek Gila membabitkan 16 tempat di seluruh negara.