SIAPA tidak tahu filem Sarjan Hassan, kisah ikon yang menjadi lagenda fiksyen Rejimen Askar Melayu yang berjuang semasa zaman Perang Dunia Kedua? Dia seorang anak yatim piatu yang kehilangan ayah ketika berusia 10 tahun dan tidak lama selepas itu, kehilangan ibunya pula. Hassan kemudian diambil oleh majikan arwah ayahnya jadi anak angkat.
Filem yang dibintangi oleh Tan Sri P. Ramlee itu menjadi bukti ketabahan seorang pemuda yang bertatih dalam bidang ketenteraan sehingga akhirnya menjadi Sarjan dan berjuang demi kedaulatan negara.
Dalam filem itu, ada watak Buang yang dilakonkan oleh penjahat filem Melayu, Salleh Kamil. Watak itu mengkhianati bangsanya dengan bekerja sebagai polis rahsia Jepun. Kisah penduduk tempatan yang menjadi tali barut musuh bukan cerita baru. Watak inilah sebenarnya yang menghidupkan jalan cerita di dalam novel-novel atau filem sejak dahulu.
Penonton yang terkesan dengan watak Salleh Kamil — termasuk dalam filem-filem lain — sanggup mengherdik dan membenci beliau seolah-olah itulah perangai sebenarnya di luar layar perak. Orang jadi terlalu emosional sehingga tidak sedar bahawa semua itu hanya lakonan dalam babak-babak wayang.
Katalah filem apa pun, daripada cerita tentang komunis, drama kehidupan, kisah cinta atau lakon komedi, matinya watak pengkhianat akan disambut gembira oleh penonton dan dianggap salah satu kejayaan babak pengakhiran sesebuah cerita.
Watak pengkhianat yang menggambarkan sifat bengis, bermuka-muka dan biasanya tinggal sama di dalam masyarakat itu kini jadi bahan perbualan penduduk di Felda Sahabat. Duduklah di mana sahaja, baik di kedai kopi, penempatan sementara, balai pengawal keselamatan malah di pusat media, topik yang dibincangkan cenderung kepada isu pengkhianat ini: Siapa pengkhianat? Kenapa mereka khianat?
Bagaimana tidak, menghantar dana kepada pengganas di Selatan Filipina membuktikan bahawa kesetiaan mereka kepada negara tempat tinggal selama ini hanya pura-pura.
Penduduk di sini umumnya melabel pengkhianat itu sebagai tidak setia dan tidak sedar diuntung — menderhaka walaupun sudah diberi tempat tinggal dan peluang mencari rezeki di negara ini.
Hari ini keadaan tenang walaupun Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Hamza Taib dalam sidang medianya berkata tiga pengganas Sulu bertempur dengan anggota keselamatan di Sungai Bilis. Bagi saya, itu cerita biasa sahaja.
Khabar angin, seperti biasa juga, terlalu banyak. Namun saya sentiasa berpegang kepada kesahihan berita yang hanya disampaikan oleh pemimpin tertinggi keselamatan. Jadi apa sahaja khabar angin saya anggap perencah yang menyedapkan bualan kosong di warung makan.
Walaupun kedai makan di sini mula menaikkan harga sehari dua ini dengan alasan payah mendapat bahan mentah dan keengganan nelayan di Felda Sahabat untuk ke pesisir laut mencari rezeki, namun pelanggannya setia dan tetap ramai.
"Walau harga naik sedikit tapi kita tetap setia. Kita faham peniaga ini ada masalah hendak dapatkan bekalan; pagi-pagi terpaksa ke Lahad Datu kerana pembekal takut ke sini," kata seorang penduduk.
Felda Sahabat terletak kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu — macam Kuala Lumpur ke Raub atau Temerloh atau Ayer Keroh. Perjalanan pergi balik jadi 260 kilometer.
Saya bertanya juga isu pengkhianat ini, mana tahu mungkin ada ancaman dalaman yang mungkin dirahsiakan penduduk disini. Siapa tahu mungkin ada di kalangan mereka yang jadi anasir cuba menyebar dakyah agar membenci kerajaan dan membantu pengganas.
"Tak ada, tak ada. Kami semua setia kepada negara, bukan perangai haiwan macam mereka (pengkhianat)," tegasnya.
Ada keikhlasan daripada riak wajah orang yang menjawab. Saya tahu semangat Sarjan Hassan sudah meresap dalam diri kebanyakan penduduk di sini.
Tidak perlu menuding jadi menuduh sesiapa sebagai pengkhianat. Cukup dengan sebaris nasihat: Mahukah jadi seperti Buang dalam cerita Sarjan Hassan?
Buang dikejar oleh orang kampung. Apabila dia memberi amaran mahu menembak orang kampung yang menghalangnya, mereka membalas dengan berani bahawa pelurunya akan habis dan mereka akan menetaknya dengan parang.
Buang kemudian berkelahi dengan Hassan. Hassan menang, selepas itu dia mengucapkan dialog ini: "Dengarlah wahai kawan kawanku sekalian. Aku berharap tiada lagi manusia seperti ini dalam tanah air kita kerana manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita. Ya, memang bangsa kita masih muda dan masih lemah. Aku tak peduli itu semua. Harapanku hanyalah kita sesama bangsa bersatu padulah hendaknya."
Penduduk di sini dan tentunya di Semporna, Tawau dan bandar-bandar lain di seluruh Sabah ingat pesanan Sarjan Hassan.
Wan Syamsul Amly
Wed Mar 27 2013


Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Hab Lembu Pedaging Felda Sahabat jadikan Sabah pengeluar terbesar - Mustapha
Lebih RM12 juta peruntukan diluluskan untuk projek hab itu di kawasan seluas 6,837.46 hektar ladang ternakan serta kawasan meragut.

Belum ada keperluan PKPD di Felda Sahabat - PJP Sabah
Sehingga keputusan saringan kesihatan diperolehi, pasukan keselamatan dan agensi bersama akan melipatgandakan kawalan.

Kami 'lapar' di sini
Catatan akhir wartawan Wan Syamsul Amly yang menamatkan liputannya di Lahad Datu, Sabah.

Semua mahu jadi Sarjan Hassan
Wan Syamsul Amly yang membuat liputan Ops Daulat di Lahad Datu meneruskan siri catatan pemerhatiannya. Kali ini, beliau bertanya: Siapa mahu jadi macam Buang dalam filem Sarjan Hassan?

Mee segera macam spageti
Wartawan Astro AWANI Wan Syamsul Amly yang kini berada di Felda Sahabat kongsi pengisian 'slow talk' antara beliau dan anggota yang dikenali sebagai Pok Din.

Antara 'Opocot' dan 'Ops Daulat'
Coretan wartawan Wan Syamsul Amly yang menjadi barisan hadapan Astro Awani bagi melaporkan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Kalau tak ada angin...
Wartawan Astro Awani, Wan Syamsul Amly yang kini bertugas di Lahad Datu menceritakan pengalaman beliau di sana.

"Masanya sudah hampir tiba"
Catatan wartawan Wan Syamsul Amly yang ditugaskan membuat liputan Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah yang kini dijangka masuk ke fasa hari-hari terakhir.