Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasma rapat dengan kementerian berkaitan berhubung kemasukan pekerja asing ke negara ini, kata menterinya Datuk Richard Riot.
Beliau berkata pekerja asing diwajibkan menjalani proses pemeriksaan, khususnya berkaitan kesihatan, dan perkara ini berkuat kuasa serta-merta.
“Kita tidak mahu negara kita dibanjiri pekerja asing yang mempunyai masalah kesihatan dan rekod jenayah. Oleh itu, kita akan buat pemeriksaan terhadap setiap pekerja asing sebelum mereka dibenarkan bekerja di negara kita," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sijil kepada lepasan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk berbuat demikian melalui program kerajaan dengan kerajaan untuk memastikan rakyat asing yang akan diambil bekerja tidak mempunyai dua rekod berkenaan.
Kata Riot pegawai kementerian beliau dan Kementerian Dalam Negeri telah ke Bangladesh untuk tujuan itu.
“Kita tidak boleh membenarkan pekerja asing yang mempunyai penyakit berjangkit dan rekod jenayah datang ke sini dan tidak perlulah saya sebut tentang mereka yang mempunyai virus 'human immunodeficiency' (HIV) juga," katanya.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dilaporkan berkata jumlah pekerja asing yang terlalu ramai adalah antara punca penyakit batuk kering (TB) kini dikesan di negara ini.
Penyakit ini meningkat kepada 18,000 kes pada 2010 daripada 16,000 pada 2008.
Pada 2011, hanya 20,000 kes dilaporkan, dengan 1,600 kematian, manakala kira-kira 13 peratus pesakit TB adalah pekerja asing.
Dr Subramaniam berkata seseorang pekerja asing yang ingin bekerja di Negara ini perlu menjalani dua pemeriksaan kesihatan, satu di negara asal mereka dan satu lagi di Malaysia.
Beliau menegaskan bahawa mereka yang tidak melepasi pemeriksaan di sini akan dihantar pulang ke negara asal.
Bernama
Sun Nov 03 2013

AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Hampir separuh pesakit buah pinggang kronik di Malaysia kehilangan pekerjaan
Situasi itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan golongan berkenaan, terutama yang bergantung kepada rawatan dialisis jangka panjang.

Impak jatuh terhadap kesihatan warga emas
Insiden terjatuh dalam kalangan warga emas sering kali diabaikan dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia dianggarkan 684,000 kematian akibat jatuh berlaku di seluruh dunia setiap tahun.

UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.

Kenya tingkatkan pemantauan susulan wabak Ebola Sudan di Uganda
Sebagai langkah berjaga-jaga, sistem pemantauan telah dipertingkatkan di semua negeri dan pintu masuk.

Indonesia perkukuh strategi pengendalian FMD untuk kawasan zon merah
Sembilan wilayah zon merah itu termasuk enam di Jawa, bersama Lampung, Bali dan Nusa Tenggara Barat.

Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran - PM Anwar
Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan, dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.

WHO kesal keputusan AS tarik diri
Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat untuk menarik diri daripada organisasi WHO.

Singapura ketatkan peraturan masa skrin untuk kanak-kanak
Bermula 1 Februari, prasekolah akan menguatkuasakan peraturan baharu yang melarang penggunaan skrin untuk kanak-kanak di bawah usia 18 bulan.

Manfaat potensi 5G tingkat kualiti perkhidmatan kesihatan - Fahmi
Potensi rangkaian 5G akan dimanfaatkan untuk meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan negara melalui Program Rintis Future Health for All (FH4A).

Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.