Semua persediaan untuk menyambut Hari Malaysia di Stadium Tertutup Sibu pada 16 Sept ini telah siap, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Katanya beliau juga berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan dan negeri itu.
"Kami juga telah melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud untuk memanjangkan undangan menghadiri sambutan itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020, di sini hari ini.
Beliau berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta kesemua menteri kabinet persekutuan dijadualkan hadir pada sambutan itu.
Jumlah tetamu ke acara berkenaan dihadkan kepada 500 orang dan mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan COVID-19.
Saifuddin menyeru rakyat Malaysia, khususnya di Sarawak, agar menonton siaran langsung acara itu menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Sementara itu, Menteri Utiliti Sarawak Datuk Seri Dr Stepehn Rundi yang merupakan pengerusi bersama mesyuarat, berkata kerajaan bukan menghalang rakyat daripada datang ke acara tersebut, namun langkah berkenaan terpaksa diambil bagi mengekang penularan COVID-19.
Ditanya mengenai program utama sambutan, beliau berkata selain persembahan hiburan, turut diadakan tayangan video penghargaan rakyat ke arah pembentukan Malaysia.
"Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci, nanti hilang unsur 'surprise'. (Kalau nak tahu) Tonton sahaja siaran langsung menerusi RTM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020

Semua persediaan untuk menyambut Hari Malaysia di Stadium Tertutup Sibu pada 16 Sept ini telah siap, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah. - Bernama
"Jangan emosi, bercakap sebagai seorang intelektual" - Speaker Dewan
Kekecohan berlaku di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong dan Ahli Parlimen Pendang bertikam lidah berkaitan isu parti dan agama.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

7 lelaki didakwa bunuh, tanam rakan dalam kolah
Seorang lelaki tempatan dan enam warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan membunuh dan menanam rakan sekerja di dalam kolah Januari lalu.
"Tarik balik perkataan kerajaan itu" - Speaker Dewan
Kekecohan berlaku di dalam Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Kota Melaka bertegas dalam ucapan beliau. "Perkataan kerajaan itu kejam sahaja tarik balik" Kata Speaker Dewan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'WALI' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid akan berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan.
"Tidak adil untuk mengatakan kerajaan itu kejam" - Speaker Dewan
Kekecohan berlaku didalam Dewan Rakyat apabila Ahli Parlimen Pendang tidak bersetuju dengan label kerajaan kejam yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Kota Melaka.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya, tiga PPS ditutup tengah hari ini
Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 62 mangsa daripada 17 keluarga semalam, ditutup pada 12 tengah hari tadi.
"Itu individu jangan kaitkan dengan isu politik" - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas berpendapat untuk tidak mengkaitkan masalah individu dengan parti politik.
"Untuk proses melakukan hukuman secara general, saya rasa tiada satu parti pun yang terselamat." katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Untuk proses melakukan hukuman secara general, saya rasa tiada satu parti pun yang terselamat." katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Rubio dan Putera Khalid adakan pertemuan di Washington
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio bertemu Menteri Pertahanan Arab Saudi Putera Khalid bin Salman di Jabatan Negara di Washington pada Selasa.

Wanita maut terjatuh dari jejambat di Lebuhraya DASH
Seorang wanita maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terjatuh dari jejambat di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Selasa.
Hanya empat aduan berkaitan lampin pakai buang sejak 2015- KPDN
Berdasarkan rekod Bahagian Kepenggunaan, sejak tahun 2015, hanya empat aduan berkaitan lampin pakai buang sahaja dilaporkan.

Songket Malaysia jadi tumpuan di Amerika Syarikat
Songket, tekstil tradisional Malaysia, dipamerkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dalam satu acara di Muzium The George Washington University dan Muzium Tekstil, Washington, D.C.

Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.

Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.

Bebaskan Malaysia daripada fahaman kolot, kebencian sempit - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia bebas daripada fahaman kolot atau jumud, sikap perkauman sempit serta kebencian antara satu sama lain.

Chow seru rakyat Pulau Pinang teguhkan ikatan perpaduan
Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang supaya terus memperteguhkan ikatan perpaduan, semarakkan rasa cinta pada negara dan berganding bahu.

Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan tekad untuk memartabatkan semua negeri termasuk wilayah Sabah dan Sarawak, selain berharap hasrat itu dilakukan secara bersama.

Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.

"Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
Sempena Hari Malaysia hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.