PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.
Ia termasuk mengeluarkan kenyataan yang menyentuh urusan agama Islam dan kefatwaan.
Beliau berkata sebarang perkara membabitkan urusan agama khususnya di bidang akidah dan syariah hendaklah diserah serta dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri dan para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam disiplin ilmu itu.
"Semua pihak dimohon untuk menghentikan perbalahan serta persengketaan yang boleh memusnahkan perpaduan dan keamanan negara. Semua pihak perlu bersatu hati untuk membangunkan negara agar lebih maju, makmur, berdaya saing dan aman sentosa," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Na'im berkata beliau turut menjunjung tinggi titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang menggesa semua pihak terutama pemimpin politik agar mengambil tanggungjawab untuk memperkukuh perpaduan demi kesejahteraan negara.
Beliau juga berkata semua pemimpin perlu akur serta menghayati titah Sultan Sharafuddin dengan sepenuh hati supaya tidak memperalat agama bagi meraih sokongan dan pada akhirnya, rakyat akan menjadi mangsa kepada perbalahan orang politik.
Pada 12 Sept lepas, Sultan Sharafuddin menitahkan rakyat khususnya pemimpin politik agar segera menghentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.
Titah Sultan Selangor, ini kerana baginda tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah disebabkan oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggungjawab namun ini tidak bermaksud Sultan Sharafuddin menyebelahi mana-mana pihak atau parti.
Mohd Na'im juga berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan seluruh agensi untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam melalui pelbagai usaha serta inisiatif termasuk memperkasa peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat penyatuan ummah.
Katanya dalam konteks kemajmukan masyarakat, jabatan itu telah melaksanakan program dialog antara tamadun dan budaya untuk memupuk kebersamaan serta sikap saling menghormati.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023

Beliau berkata sebarang perkara membabitkan urusan agama hendaklah diserah serta dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri dan para ilmuan yang diperakui kepakarannya dalam disiplin ilmu itu. - Gambar fail/Bernama

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama
Mohd Na'im menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.