Malaysia mengulangi pendiriannya bahawa semua pihak perlu bekerjasama selain memainkan peranan aktif bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.
Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perkara-perkara berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip-prinsip yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
Beliau berkata Malaysia berharap dapat meneruskan perbincangan untuk memuktamadkan Kod Tata Laku di Laut China Selatan (CoC) yang berkesan dan substantif merangkumi unsur-unsur yang menggambarkan hak serta kepentingan semua pihak.
"Sebagai sebuah negara yang mengemukakan tuntutan, Malaysia sentiasa konsisten dalam pendirian kami, tegas dalam komitmen untuk menjaga kedaulatan, hak-hak kedaulatan dan kepentingan kami di Laut China Selatan. Kepentingan nasional Malaysia tetap menjadi keutamaan," menurutnya dalam kenyataan di sini pada Khamis sebagai respons kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Michael R Pompeo berhubung pendirian AS mengenai tuntutan maritim di Laut China Selatan.
Sementara itu, sebagai respons kepada dakwaan yang timbul susulan sidang akhbar Rabu, Hishammuddin berkata beliau bercakap dalam konteks reaksi terhadap aktiviti kapal penggerudi West Capella di mana kehadiran sebuah kapal peninjau China, yang mengiringi Pengawal Pantai China dan militia menangkap ikan, dikesan di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (EEZ) dari April hingga Mei.
"Perkara ini diuruskan dalam tempoh 100 hari pertama saya berada dalam kementerian dan kesemua kapal terbabit telah meninggalkan EEZ kita selepas usaha diplomatik yang intensif.
"Berhubung kenyataan bekas Menteri Luar, pendirian kita mengenai Laut China Selatan tidak berubah sejak dari masa beliau menerajui Wisma Putra.
"Malah jika beliau mengetahui konteks kenyataan saya semalam berkaitan aktiviti West Capella seperti yang dijelaskan, saya yakin beliau tidak akan salah faham dan memberikan reaksi seperti itu.
"Respons saya kepada kenyataan yang dibuat oleh Pompeo adalah seperti di atas yang menegaskan pendirian kita berhubung perkara itu," katanya.
Media pada Khamis melaporkan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman membidas kenyataan Hishammuddin yang mendakwa bahawa tiada lagi pencerobohan kapal tentera China di kawasan perairan Malaysia di Laut China Selatan sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkuasa.
Anifah dilaporkan berkata pada April lalu, flotila kapal perang China dikesan mengiringi kapal peninjau negara itu di kawasan perairan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 16 2020

HISHAMMUDDIN: Kepentingan nasional Malaysia tetap menjadi keutamaan. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Semua orang perlu dilayan sama adil disisi undang-undang
Kerjasama semua pihak adalah penting sekiranya kita ingin membendung virus Covid-19 ini dengan cepat dan dengan jayanya dalam negara kita.

Semua pihak perlu bekerjasama kekalkan keamanan di Laut China Selatan
Perkara-perkara berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip-prinsip yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa.

Malaysia kutuk serangan dron, peluru berpandu ke atas Arab Saudi
Kesinambungan serangan yang disengajakan ini menunjukkan provokasi tidak perlu oleh puak Houthi terhadap negara tersebut.

SPR jangka peratusan keseluruhan keluar mengundi setinggi 70 peratus
Sehingga jam 10 pagi ini, peratusan keluar mengundi bagi kerusi Parlimen P.165 Tanjung Piai ini ialah sebanyak 25 peratus.

Bersyukur kerana berjaya berpuasa tanpa gangguan - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam supaya bersyukur, kerana berjaya melaksanakan ibadat puasa tanpa sebarang gangguan.

Suasana kembali tenang selepas tahap keselamatan dipertingkatkan
Lantaran tidak berkompromi soal ketenteraman awam apabila 1,400 anggota keselamatan termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), polis dan anggota trafik dikerahkan ke sekitar kawasan kuil Selasa malam.

Palestin, Israel berhak memiliki tanah air sendiri - Putera Mahkota Arab Saudi
Putera Mahkota Arab Saudi berkata beliau percaya semua orang di mana sahaja berhak tinggal dalam negara mereka dengan aman.

Baitulmaqdis: Tunjuk perasaan bantah pengumuman Trump di Paris
Ratusan penunjuk perasaan melakukan protes secara aman di ibu kota Perancis, Paris pada Ahad.

Netanyahu bidas kenyataan Mahmoud Abbas
Netanyahu juga berkata, rakyat Palestin kini harus berkerjasama untuk mencapai keamanan dan menolak keganasan.