Kementerian Kesihatan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu untuk membuat pemeriksaan dan mengambil sampel semua buah epal yang diimport bagi menjalankan ujian mengesan bakteria Listeriosis.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ujian tersebut dijalankan bagi memastikan bakteria itu tidak menular di negara ini.
"Saya telah arahkan bahagian tersebut untuk buat pemeriksaan dan mengambil sampel buah epal terutamanya di kawasan Sibu dan Kuching di Sarawak.
"Keputusan ujian akan dapat dalam tempoh dua hingga tiga hari. Namun proses ini akan dilaksanakan secara berterusan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Mangsa Banjir di sini hari ini.
Laporan media hari ini menyatakan mengenai dua jenis epal iaitu 'Gala' dan 'Granny Smith' dari Amerika Syarikat (AS) yang disyaki tercemar dengan bakteria tersebut disekat daripada memasuki negara ini.
Dr Subramaniam berkata setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai jangkitan bakteria itu dalam kalangan rakyat negara ini.
"Kita juga masih menunggu maklumat mengenai ketibaan kontena dan kapal yang membawa epal ini dari AS ke Malaysia.
"Apabila kontena itu sampai nanti, baru kita boleh dapat tahu sama ada buah epal berkenaan berisiko tinggi membawa bakteria itu," katanya.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak risau mengenai bakteria tersebut kerana pihaknya akan memantau perkara ini setiap masa.
Bernama
Sun Jan 18 2015
Ujian akan dijalankan ke atas epal jenis 'Gala' dan 'Granny Smith' dari AS yang disyaki tercemar dengan bakteria Listeriosis.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Selisih faham ketika berhibur punca kejadian Hilux, Vios langgar lari - Polis
Empat lelaki warga tempatan berumur antara 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor pada Khamis.
Warga emas meninggal dunia selepas dicakar, dijilat kucing peliharaan
Seorang wanita warga emas meninggal dunia di Hospital Box Hill, Melbourne pada Mei akibat jangkitan bakteria.