PAGOH: Semua sektor yang terlibat dengan fasa peralihan ke endemik, khususnya ekonomi dan pelancongan, dinasihatkan agar membuat persiapan awal sebelum negara memasuki fasa itu pada 1 April ini.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata fasa peralihan itu dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong dan pelabur untuk datang ke Malaysia selain membantu mempercepatkan lagi proses pemulihan negara selepas hampir dua tahun pandemik COVID-19 melanda.
"Contoh dalam bidang pelancongan, ejen pelancongan, syarikat penerbangan dan lain-lain, serta bidang perhotelan dan homestay boleh membuat persiapan awal walaupun tidak berapa lama lagi (negara memasuki fasa endemik).
"Saya menyambut baik (pengumuman negara memasuki fasa peralihan ke endemik) kerana ia keputusan yang tepat. Banyak kesan yang menunjukkan bahawa negara kita boleh kembali seperti sedia kala... untuk sosiokonomi kita dapat pulih dengan lebih pantas," katanya.
BACA: Malaysia memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 - PM
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan TV White Space di Mini Stadium Lenga di Bukit Kepong di sini, hari ini.
Mengenai program hari ini, Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh berkata TV White Space adalah penyelesaian sambungan jalur lebar kos rendah, mudah dan pantas digunakan berbanding pilihan jalur lebar lain.
Katanya jalur lebar itu adalah penyelesaian praktikal untuk kawasan luar bandar di Malaysia memandangkan liputan televisyen adalah tinggi dan menjangkau kebanyakan kawasan luar bandar.
"Pengalaman Pagoh ini adalah bukti bahawa TV White Space berfungsi dengan baik dalam membolehkan sambungan jalur lebar dapat diperoleh di luar bandar.
"Saya berharap penduduk Lenga beroleh manfaat dengan pemasangan TV White Space di empat lokasi di Lenga pada 2021. Pemasangan ini terbukti sebagai penyelesaian yang berkesan dalam membolehkan jalur lebar juga boleh dilakukan di luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Semua sektor yang terlibat khususnya ekonomi dan pelancongan, dinasihatkan agar membuat persiapan awal sebelum negara memasuki fasa peralihan endemik April ini. - Gambar fail
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 Februari 2025
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
1️⃣ Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
2️⃣ Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
3️⃣ Pegawai institusi kewangan antara enam ditahan
#awaniringkas
Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.
Agenda AWANI: The world changing is the definition of property still the same
As the world evolves with technological advancements, economic shifts, and global crises, has our understanding of poverty kept up? Tonight at 9pm on #AgendaAWANI.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Gobind
Hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.
Op Sky: Selebriti tidak terlibat urus kegiatan syarikat - SPRM
Tiga selebriti yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didapati tidak terlibat menguruskan sebarang kegiatan milik syarikat perunding kewangan yang terbabit dalam kes rasuah.
'Satu, Dua, Tiga JOM!', Malaysia Airlines tampil dengan video keselamatan baharu bertemakan muzikal
Video berjudul 'Satu Dua Tiga, Jom' yang diarahkan Puan Seri Tiara Jacquelina itu menampilkan video keselamatan bertemakan muzikal.
Pemakaian pelitup muka mungkin dilonggarkan seawal Jun ini - Pakar
Jangkaan tersebut bersandarkan kepada indikator terhadap risiko penularan jangkitan COVID-19 semasa dalam negara.
Teruskan pemakaian pelitup muka dalam fasa peralihan ke endemik - Dr Noor Hisham
Pemakaian pelitup muka adalah antara langkah pencegahan yang dapat mengurangkan penularan virus itu terutamanya di kawasan jangkitan berisiko tinggi.
Melaka benar jemaah rapatkan saf ikut saiz sejadah bermula 1 April
Jemaah yang bersolat di semua masjid dan surau di negeri ini dibenar merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula 1 April selaras dengan fasa peralihan endemik COVID-19 di seluruh negara.
Fasa peralihan endemik: Solat jemaah di surau, masjid di Terengganu dibenarkan tanpa penjarakan fizikal
Kanak-kanak berumur tujuh tahun dan ke atas turut dibenarkan hadir ke masjid dan surau, dengan syarat kehadiran bersama ibu bapa.
Fasa peralihan endemik: Kelab malam kekal tidak dibenarkan beroperasi - Khairy
Kita telah pertimbangkan dengan segala risiko dan kelab malam merupakan premis yang berisiko tinggi sekalipun dalam fasa peralihan ke endemik
KKM akan terus pantau ancaman varian baharu ketika fasa peralihan endemik - Khairy
Keputusan untuk Malaysia beralih kepada fasa endemik boleh diteruskan setakat ini berdasarkan kepada keadaan dan keperluan semasa.
Semua sektor perlu buat persiapan awal menjelang fasa peralihan ke endemik - Muhyiddin
Semua sektor yang terlibat dengan fasa peralihan ke endemik, khususnya ekonomi dan pelancongan, dinasihatkan agar membuat persiapan awal sebelum negara memasuki fasa itu pada 1 April ini.