KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk menyenaraikan COVID-19 sebagai penyakit berjangkit dalam Pekeliling Perkhidmatan bagi melayakkan ibu bapa yang menjaga anak dijangkiti wabak tersebut menggunakan kemudahan cuti kuarantin bagi menguruskan anak mereka.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata langkah itu, bagi membolehkan ibu bapa khususnya yang menjadi kontak rapat tanpa gejala dan telah menerima dos penggalak mendapat kemudahan lima hari cuti kuarantin tersebut.
Ini kerana, mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), individu dalam kategori itu tidak perlu menjalani kuarantin manakala berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016, kemudahan cuti kuarantin ini hanya diberikan kepada ibu bapa yang anak mereka dijangkiti penyakit berjangkit antaranya penyakit tangan, kaki dan mulut; demam denggi; cacar air (chickenpox) dan malaria, tidak termasuk COVID-19.
"Dalam hal ini, mereka tidak boleh hantar anak ke pengasuh, ini menjadi kesukaran untuk menguruskan anak-anak mereka jadi, Cuepacs minta agar cuti kuarantin ini diberikan kepada salah seorang sama ada ibu atau bapa untuk jaga anak mereka sehingga sihat sepenuhnya.
"Kalau tidak diberikan cuti kuarantin ini, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan boleh mempertimbangkan untuk memberi kemudahan bekerja dari rumah dan kembali bertugas lima hari kemudiannya," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata Cuepacs mengambil maklum kepentingan penjawat awam untuk terus berada di lapangan atau pejabat kerana situasi ketika ini menuntut mereka sebagai pelaksana untuk bertugas bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
"Jadi ketua-ketua perkhidmatan perlu bijak mengurus dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas oleh kerana jangkitan masih berlaku tetapi dalam masa yang sama sistem penyampaian tidak boleh terhenti begitu sahaja," katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Datuk Abdul Halim Mansor meminta kerajaan ketika mengumumkan sesuatu SOP perlu lebih jelas bagi memastikan majikan tidak mengambil kesempatan atas permasalahan berkaitan COVID-19 yang menimpa pekerja mereka.
Beliau berkata berdasarkan Akta Kerja 1955 tidak menyatakan secara jelas bahawa kontak rapat layak mendapat cuti sakit bergaji sebaliknya hanya dinyatakan secara am bahawa mereka yang perlu menjalani kuarantin COVID-19, layak mendapat cuti sakit bergaji.
"Apabila perkara ini tidak jelas, majikan mengambil peluang sekali gus menggunakan apa yang ada dalam undang-undang atau persetujuan perjanjian antara syarikat dan pekerja...dan di sinilah kita dengar ada majikan tidak bayar gaji, menolak cuti tahunan bagi kontak rapat jika tidak hadir bekerja dan sebagainya.
"Jadi kerajaan kena jelaskan bahawa ibu bapa yang menjadi kontak rapat, tidak bergejala dan telah menerima dos penggalak layak menerima cuti berbayar khususnya kontak rapat kepada anak-anak yang masih kecil," katanya.
Beliau menegaskan berdasarkan Akta Kerja 1955, cuti tahunan bukan untuk kegunaan syarikat sebaliknya cuti tambahan kepada pekerja untuk menggunakannya bagi tujuan peribadi dan bukannya berkaitan dengan masalah kesihatan.
"Seseorang pekerja berkhidmat dengan majikan yang sepatutnya menjadi modal insan yang dibangunkan untuk terus memajukan syarikat tetapi apabila ditimpa musibah seperti ini mereka (majikan) mengabaikan kebajikan pekerja...tak kanlah mereka sampai sanggup tengok pekerja tidak makan bila tiada gaji," katanya.
Beliau juga memohon kerajaan agar mengkaji semula SOP kontak rapat tanpa gejala yang telah menerima dos penggalak tidak perlu lagi menjalani kuarantin kerana hakikatnya kontak rapat itu kekal mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan jangkitan kepada orang lain sekiranya mereka bebas bergerak.
Pada 24 Feb lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan individu berumur 18 tahun ke atas yang menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang menerima dos penggalak dan tidak bergejala pada hari pertama, tidak perlu menjalani kuarantin bermula 1 Mac 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 07 2022

Petugas kesihatan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap salah seorang pesakit COVID-19 di Pusat Penilaian COVID-19 Stadium Malawati Shah Alam, 6 Okt 2021. - Gambar hiasan/BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir
Kerajaan persekutuan India mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India.

Tiada penyakit berjangkit baharu di China - CDC
Data menunjukkan tahap intensiti influenza kekal sederhana di kebanyakan wilayah.

Lebih 1,000 kes jangkitan penyakit di PPS Terengganu
Sebanyak 1,245 kes penyakit berjangkit dikesan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Terengganu pada musim banjir kali ini.

Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.

Banjir: Lebih 4,000 penyakit berjangkit dikesan di PPS seluruh Kelantan
Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan dikesan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat semalam.

Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 23 Ahli Parlimen.

Wanita PBB beri amaran kesan bencana perang terhadap lebih 177,000 wanita Gaza
Selepas lebih 11 bulan berperang, sistem penjagaan kesihatan di Gaza hampir runtuh, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Timbalan Menteri Kesihatan gesa pembaharuan dasar dadah dalam mesyuarat ISAM
Lukanisman berkata, menyahkriminalisasi penggunaan dadah membantu meminimumkan akibat berbahaya yang berkaitan dengan penggunaannya.

Jerman hantar makmal bergerak ke Congo bantu tangani virus mpox
Terdapat rancangan untuk melatih lebih ramai pakar supaya mereka dapat mengenali simptom dan memaklumkan masyarakat mengenai langkah pencegahan.