WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Sanders pada Isnin mengulangi bahawa beliau tidak akan menghadiri ucapan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada sesi bersama Kongres.
"Tidak, Tuan Presiden, saya tidak akan hadir untuk ucapan itu," kata Sanders, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sanders berkata beliau percaya ia adalah "hari yang sangat menyedihkan" bagi AS apabila Netanyahu telah dijemput oleh pemimpin dari kedua-dua parti politik, termasuk Speaker Dewan Perwakilan, Mike Johnson (Republikan); Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer (Demokrat); Pemimpin Minoriti Senat, Mitch McConnell (Republikan) dan Pemimpin Minoriti Dewan Perwakilan, Hakeem Jeffries (Demokrat).
Menurut sumber tempatan yang memetik pejabatnya, tiada tarikh ditetapkan untuk ucapan Netanyahu, susulan laporan yang menyatakan ia dijadualkan pada 13 Jun.
Dengan menunjukkan gambar kanak-kanak yang kelaparan di Gaza yang diambil oleh Getty, Reuters dan Al Jazeera, Sanders mengecam Johnson yang menuduhnya "mengulangi kenyataan Hamas" kerana enggan menghadiri ucapan oleh Netanyahu.
"Saya akan berkata kepada Speaker Johnson bahawa apabila anda menghadiri majlis makan malam pengumpulan dana dengan rakan-rakan jutawan anda, dan anda menikmati stik dan udang galah yang lazat serta makanan lain yang hebat, sila ingat gambar-gambar ini dari Gaza," kata Sanders.
Senator itu menambah bahawa AS perlu ingat bahawa kerajaan Netanyahu sengaja menyekat bantuan kemanusiaan, termasuk makanan, air dan bekalan perubatan.
Beliau yang memetik PBB sebagai berkata sejak pertengahan Januari, sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak telah mati kelaparan dan lebih 93,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun telah disaring untuk kekurangan zat makanan.
Walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, Israel meneruskan serangan kejamnya di Gaza.
Lebih 36,400 rakyat Palestin telah terbunuh di wilayah tersebut hampir lapan bulan konflik, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala lebih 82,600 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024

Sanders berkata beliau percaya ia adalah "hari yang sangat menyedihkan" bagi AS apabila Netanyahu telah dijemput oleh pemimpin dari kedua-dua parti politik. - Foto Reuters

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

Bernie Sanders sampaikan kemarahan kelas pekerja selepas kekalahan Demokrat dalam pilihan raya AS
"Ini adalah realitinya, kelas pekerja negara ini marah, dan mereka berhak untuk marah," katanya kepada CNN.

Bernie Sanders dipilih semula di Vermont, peroleh penggal keempat di Senat AS
Senator bebas Bernie Sanders menewaskan Gerald Malloy bagi memperoleh penggal keempat di Senat AS.

Senator AS Bernie Sanders tidak akan hadir ucapan Netanyahu di Kongres
Senator Amerika Syarikat Bernie Sanders mengulangi bahawa beliau tidak akan menghadiri ucapan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada sesi bersama Kongres.

Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Hillary Clinton umum sokong Joe Biden
Bekas calon Presiden Demokrat, Hillary Clinton mengumumkan sokongan kepada Joe Biden selaku calon parti itu untuk pilihan raya November depan.

Trump diramal menang selesa pemilihan di Florida, Illinois
Ramalan beberapa rangkaian televisyen utama AS, Trump, dilihat menghampiri kejayaan, memperoleh 94.3 peratus undian dan 122 perwakilan di Florida, menurut CNN semalam.

Menjelang Pilihan Raya Presiden AS, Biden dahului saingan 'Super Tuesday'
Kira-kira satu pertiga perwakilan di seluruh negeri bersedia untuk menyertai pemilihan di 14 negeri dan di Samoa.

Trump menang kerana kelas menengah marah, meluat dengan sistem sedia ada - Sanders
Bernie Sanders hanya akan bekerjasama dengan bakal presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk merangka dasar bagi membantu golongan kelas menengah.

Calon Presiden: Hillary Clinton menang di South Carolina, tidak sabar tunggu Super Tuesday
Kejayaan itu sekali gus melonjakkan momentum untuk beliau lebih menyerlah menjelang hari penting "Super Tuesday" di 13 negeri minggu depan.

5 platform media sosial pilihan calon jawatan Presiden AS selain Twitter, Facebook
Landskap media sosial berbeza ketika Barack Obama menjadi calon parti Demokratik pada tahun 2008. Kini Instagram, Snapchat dan Periscope merupakan antara platform yang popular.