KUALA LUMPUR: Artis visual yang juga penulis lirik terkenal, Syed Mohd Amin Syed Hashim Al-Shahab atau lebih dikenali sebagai S Amin Shahab, kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN).
Perkara itu disahkan oleh Pengarah Produksi Luncai Emas, Mohd Khirin Omar, seorang lagi penulis lirik terkenal yang lebih mesra dikenali sebagai Keon.
“Sekarang dalam CCU...kena masuk stent,” katanya melalui sistem pesanan aplikasi Whatsapp ringkas ketika dihubungi Astro AWANI.
Untuk rekod, stent dan belon merupakan kaedah yang digunakan untuk mengurangkan risiko penyakit arteri koronari, seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, obesiti, peningkatan umur, merokok, sejarah keluarga dan kekurangan aktiviti fizikal.
S Amin Shahab, merupakan seorang penulis lirik dan pelukis yang cukup dikenali dalam dunia hiburan tanah air, malah beliau telah berjaya menempa nama dalam Malaysian Book of Records kerana menghasilkan lukisan berukuran 1 kilometer.
Karya beliau juga telah berjaya melonjakkan profil artis dan kumpulan muzik, antara lain Alleycats, Flybaits, Headwinds, Wings, Search, Jamal Abdillah, Awie, seniman seperti Allahyarham Sudirman, ‘sifu’ Datuk M Nasir dan biduanita, Datuk Siti Nurhaliza sendiri.
Antara karyanya yang terus didendangkan sepanjang zaman ialah Sayap Illusi (Wings), Seroja (Search), Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats) dan Halaman Asmara (Awie dan Ziana Zain).
Astro Awani
Wed May 29 2024

Penulis lirik S Amin Shahab, kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN). - Foto FB S Amin Shahab Legacy
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Seniman S Amin Sahab dirawat di CCU, IJN
Penulis lirik S Amin Shahab, kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN).