GERIK: Kepakaran anggota Senoi Praaq digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli yang dilaporkan hilang di Hutan Temengor di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, 12 pegawai dan anggota Senoi Praaq itu dibawa dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.
Selain itu, katanya, sebanyak dua anjing pengesan dari Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga dibawa untuk membantu operasi.
“Setakat ini kekuatan bantuan sumber manusia telah ditingkat kepada 76 orang, termasuk dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Perhilitan, syarikat komunikasi dan orang awam,” katanya hari ini.
Kamiliah Anab, 9, disedari hilang sekitar jam 4.30 petang selepas keluarganya bersama penduduk lain pulang dari mencari hasil hutan di Kampung Selao, berhampiran Padang Jeri, dekat sini.
Menurut Zulkifli, ketika hilang, kanak-kanak itu memakai baju kuning dan berseluar biru.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Jan 19 2022

Menurut polis, Kamaliah Anab kali terakhir dilihat memakai baju kuning dan berseluar biru. -Gambar fail/Bernama

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Siasatan kes bunuh murid Orang Asli pada peringkat akhir - KP Perak
Polis telah merakam percakapan beberapa individu terdiri daripada pengadu, saksi, kenalan keluarga mangsa serta penduduk kampung.

Senoi Praaq bantu operasi cari kanak-kanak Orang Asli hilang
Seramai 12 pegawai dan anggota Senoi Praaq dibawa dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.

Mayat kanak-kanak Orang Asli lemas di Sg Bidor dijumpai
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafli Abdullah berkata mayat Sheetel Kulop, 10, ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat.