Seolah-olah suasana musim bunga sakura di Jepun. Itu yang dapat digambarkan apabila fenomena bunga tekoma atau pun lebih dikenali sebagai sakura Kedah kembali lagi di negeri Jelapang Padi ini terutama di sekitar bandar raya Alor Setar.
Landskap bandar raya Alor Setar sekelip mata berubah apabila pokok tekoma atau pun nama saintifiknya tabebuia rosea mula mekar dengan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu putih sejak awal minggu ini.
Tinjauan Bernama mendapati beberapa jalan utama di bandar raya ini mula dipenuhi dengan bunga-bunga tekoma seperti di Jalan Langgar, Jalan Kuala Kedah, Jalan Putra dan Jalan Sultan Badlishah.
Malah ia turut menjadi tumpuan pengunjung untuk mengabadikan kenangan dalam pelbagai aksi dan gaya yang cukup mencuit hati.
Pengunjung dari Ipoh, Perak, Salbiah Shuib, 34, berkata beliau mengetahui mengenai fenomena itu melalui gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Facebook sebelum tergerak hati untuk berkunjung ke Alor Setar.
"Saya merasakan Alor Setar boleh jadi kawasan tumpuan pelancong lebih ramai sekiranya ada promosi lebih banyak, buatlah pakej pelancongan yang menarik," katanya.
Seorang penduduk tempatan, Nor Sharawana Idris Syana pula menyatakan musim bunga itu cukup membuat beliau berasa teruja.
"Bunga sakura Kedah dah berbunga macam tu lah hati akak berbunga-bunga. Kalau datang Alor Setar marilah ambil gambar rasa macam duduk luar negara," katanya dalam catatan di laman sosial Facebook beliau.
Sementara itu Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Mohd Faizal Abu Bakar memberitahu Bernama, fenomena setahun sekali itu kebiasaannya bermula pada Mac sehingga awal April.
Menurutnya sebanyak 866 pokok tekoma sudah menghasilkan bunga dengan kawasan yang terbanyak adalah di Jalan Kuala Kedah iaitu 369 pokok.
"Ketahanan bunga tekoma sebelum ia luruh dan berkembang penuh bergantung kepada suhu panas musim kemarau. Bunga tersebut akan mula gugur sepenuhnya sekiranya hujan mula turun.
"Dua tahun lepas suhu kemarau mencecah sehingga 38 darjah celsius menyebabkan bunga tekoma mekar sehinggakan tiada daun di pokok, hanya bunga semata-mata," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2017

Keindahan Sakura Malaysia mengeluarkan bunga berwarna putih dan merah jambu menarik perhatian pengguna jalan raya termasuk pelancong untuk bergambar di bawah rimbunan pokok tersebut ketika tinjauan di Alor Setar pada 16 Mac. --fotoBERNAMA
AWANI Borneo [6/3/2025] – Bincang dasar kewangan strategik | Hak autonomi umno Sabah | Dua juragan tempatan ditahan
#AWANIBorneo bersama Fauzi Zin
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran
Mangsa kebakaran Kg Tabuan Lot reda hilang persiapan sambut raya
Semalam detik hitam menimpa penghuni empat kediaman di Kampung Tabuan Lot, Kuching

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.
Pempengaruh antarabangsa kongsi kegembiraan bersama penduduk Pulau Bum-Bum
Beberapa pempengaruh antarabangsa berkunjung ke Pulau Bum-Bum bagi merasai pengalaman berpuasa selain berkongsi kegembiraan bersama penduduk menerusi inisiatif Changemakers 2025 MyFoundation.
Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed berkata penggantungan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya dalam parti itu yang diumumkan sebelum ini adalah sah dan rasmi.
Program Ketuk Sahur tingkat perpaduan antara kaum
Sebanyak 250 buah rumah akan dikunjungi dalam Program Ketuk Sahur anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka termasuk rumah penduduk bukan Islam.
Jentera UMNO guna pendekatan lebih sistematik hadapi PRN-17
Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed optimis tahap kesiapsiagaan umno sabah juga kini sudah di tahap yang memuaskan dan bersedia untuk bertarung dengan mana-mana parti pada
APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya rampas lebih tujuh tan barang kawalan bersubsidi tanpa permit di percayai cuba di seludup ke negara jiran dalam dua operasi berasingan di perairan daerah ini, Selasa lepas.
Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.

Tiada 'double standard' siasat kes 3R - Saifuddin
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R).

Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.

Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.

JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.

Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.

Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.

Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.

Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.

Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.

Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.