Seorang lagi mangsa bot karam di Belaga tampil melaporkan diri di balai polis Kapit petang Jumaat menjadikan bilangan mangsa yang masih hilang kini berbaki tiga orang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwan Lagang mengesahkan mangsa berkenaan dikenali sebagai Simon Patrick.
Sehubungan itu katanya, tumpuan kini adalah bagi mencari bagi tiga mangsa yang masih hilang serta mengapungkan bot ekspress berkenaan.
"Daripada senarai kita jangka hilang, seorang telah membuat laporan polis menyatakan dia hidup, sihat dan segar. Iaitu Simon Patrick anak Jonathan dan hanya tiga lagi yang di dalam senarai kita yang hilang iaitu Roslin Jati, Morris anak Ajar dan Paulus,” kata Liwan kepada pemberita.
Dalam pada itu, Liwan memberitahu berlaku pertambahan jumlah penumpang bot daripada 205 kepada 208 orang.
Menurutnya, tiga penumpang yang menaiki bot berkenaan tampil membuat laporan selepas mendapati nama mereka tiada dalam senarai penumpang yang terselamat.
Sementara itu, usaha menarik bot malang berkenaan pada Jumaat terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan anggota keselamatan mencari alternatif lain.
Operasi mencari tiga lagi mangsa akan diteruskan pada Sabtu.
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Sat Jun 01 2013

10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PRN Sarawak: Sah! Sebuyau dan Belaga milik GPS
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi menang bagi kerusi DUN itu dengan majoriti selesa 4,134.

PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda
Pembangunan fasiliti seperti pusat aktiviti anak muda khusus di kawasan Belaga wajar dipertimbangkan oleh kerajaan.

PRN Sarawak: Pembangunan infrastruktur asas Belaga perlu dipertingkat - Penduduk
Pembangunan infrastruktur di Belaga perlu dipertingkatkan bagi memastikan masyarakat di sini merasai nikmat pembangunan sama seperti di kawasan-kawasan lain.

Empangan Bakun lepaskan air secara berperingkat mulai 8 Sept ini
Paras air di Empangan Hidroelektrik Bakun kini melebihi paras selamat dan perlu diturunkan secara berperingkat.

MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin
Pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan minyak sawit ini melibatkan beberapa siri Rancangan Malaysia bermula Rancangan Malaysia Ke-7 hingga RMK11.

Polis Sarawak mohon peruntukan darurat, bina penempatan sementara IPD Belaga
Polis Kontinjen Sarawak akan memohon peruntukan darurat bagi menyediakan kabin sebagai penempatan sementara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.

Isu pengangguran, kanak-kanak tanpa kad pengenalan warnai perbahasan Belanjawan Sarawak 2021
ADUN Sarawak membangkitkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti peluang pekerjaan dan jawatankuasa untuk atasi kanak-kanak tanpa kad pengenalan.

Sarawak rancang bina jalan, wujudkan bandar baharu di Belaga
Ia akan direalisasikan menerusi pelan induk yang merangkumi pelbagai pembangunan lain di kawasan berkenaan.

300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus
Perhubungan ke Belaga juga terputus akibat sebahagian daripada Jalan Menjawah/Belaga juga dinaiki air.

Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun
Dua pemancing dikhuatiri lemas manakala seorang pemandu bot terselamat apabila bot dinaiki terbalik di Ulu Bakun, Batu Keling Empangan Bakun, Belaga petang semalam.