Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam oleh abang angkatnya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Rampayan, Menggatal, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal menumpang dengan sepasang suami isteri dan dua anak mereka yang merupakan saudara mangsa sejak setahun lalu, sementara suspek tinggal menumpang di rumah berkenaan sejak sebulan lepas.
Sebelum kejadian, mangsa dan suspek berusia 37 tahun itu tidur bersama di ruang tamu rumah tersebut, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
"Saksi (tuan rumah) terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi bising di ruang tamu dan melihat suspek sedang memegang sebilah pisau manakala mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang dapur bersebelahan ruang tamu.
"Melihat kejadian itu, saksi kemudian memeluk suspek daripada bertindak lanjut dan dengan bantuan jiran suspek berjaya ditangkap," katanya, dan menambah polis turut merampas sebilah pisau berukuran 30 sentimeter.
Chandra berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, di sini bagi tujuan bedah siasat.
Motif kejadian masih belum dipastikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.
Bernama
Mon May 02 2016

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, di sini bagi tujuan bedah siasat. - Gambar hiasan
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Seorang lelaki maut ditikam abang angkat di Menggatal
Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata, mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan berlumuran darah.