Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan sebuah kereta di KM 384 Lebuh Raya Utara Selatan, sebelum Hentian Sebelah Behrang, kira-kira 100 kilometer dari sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, pemandu kereta Proton Wira, Shamsul Anuar Naziri, 40, maut di tempat kejadian manakala rakannya Mohd Adib Sayuti, 35, tidak cedera.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Supt Wan Jamil Wan Chik berkata pemandu bas, Mohd Nazri Azmi, 31, dan pembantunya Annuar Khuzaimi Bahari, 45, serta lapan penumpang, dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang, tidak mengalami kecederaan.
Beliau berkata kejadian berlaku apabila kereta dinaiki mangsa bersama rakannya, terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum melanggar pembahagi jalan.
"Akibat pelanggaran, sebuah bas dari arah yang sama melanggar bahagian pemandu kereta dan menyeret kereta itu sejauh 60 meter," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Jamil berkata sebuah kereta Honda City dari arah sama cuba mengelak serpihan kemalangan sebelum terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam longkang.
"Dua kereta lagi termasuk sebuah pacuan empat roda turut mengalami kerosakan selepas terlanggar serpihan kemalangan itu ,"katanya.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia telah dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 24 2016
Bas terbabit yang membawa 10 penumpang sedang dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang apabila melanggar kereta Proton Wira yang melintang di tengah jalan. - Gambar hiasan
Kerajaan kaji impak platform AI DeepSeek kepada Malaysia - GoBind
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia.
Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak petang ini terus berkurangan, manakala beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.
AWANI Borneo [2/2/2025] – Kedaulatan negara|Banjir Sarawak|Penempatan setinggan
Tumpuan AWANI Borneo 2 Feb 2025 bersama Assim Hassan
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Bank Rakyat sumbang RM144,000 kepada 72 sekolah
Bank Rakyat agensi di bawah Kementerian Pembangunann Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyampaikan sumbangan berjumlah RM144,000 kepada 72 buah sekolah di kawasan Penampang dan Kadamaian melibatkan 1,440 pelajar daripada keluarga B40.
Malaysia dalam posisi kukuh galakkan kerjasama global bina semula Gaza - Penganalisis
Penganalisis percaya Malaysia mampu memainkan peranan untuk mengajak lebih banyak negara bekerjasama dalam membantu pembangunan semula Gaza melalui pendekatan diplomasi.
PKR mahu tanding di Dun Balung
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau telah menyampaikan hasrat kepada pucuk pimpinan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan berkata kerajaan negeri perlu ada perancangan penempatan baharu terlebih dahulu sebelum merobohkan kediaman setinggan.
Sabah Electricity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna
Seramai 687,031 pelanggan Sabah Electricity akan menerima rebat berjumlah 2.5 peratus daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar.
Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu
Tiong berkata banjir yang berlaku terlalu besar hingga beliau dan pasukannya telah tidak menang tangan dalam membantu penduduk Bintulu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong.
Seorang maut bas ekspres rempuh kereta terbabas di Slim River
Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan sebuah kereta di Kilometer 384 Lebuh Raya Utara Selatan pagi tadi.