Hasrat murni tiga orang anak muda yang baru sahaja pulang dari melaksanakan amal jariah dengan mengagihkan makanan kepada gelandangan di sekitar ibu negara sempena bulan Ramadan berakhir dengan tragis apabila seorang daripada mereka maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 72, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh.
Dalam kejadian sekitar 07.02 pagi itu, Nurul'ain Sakinah Md Sallehuddin Khan, 24, yang merupakan mahasiswa Universiti Malaya meninggal dunia di tempat kejadian manakala lagi rakannya iaitu pegawai perubatan Hospital Selama, Mohd Azwan Kasimi Che Gahni, 24, dan pegawai PLKN Kedah, Ku Mustaqiem Ku Mohamad Anuar, 27, mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki.
Ketua Polis Daerah Tapah, ACP Som Sak a/l Din Keliaw berkata kesemua mereka merupakan golongan pendaki bukit dikenali sebagai Group Tomato yang baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur setelah menjalankan amal jariah di Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati kenderaan mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Selama dan dan terbabas sendiri dan terlanggar pembahagi jalan di tepi jalan lalu terjunam ke dalam sungai di Pekan Pasir, Bidor.
"Semasa kejadian, kenderaan telah melanggar penghadang besi di tengah jalan sebelum terjunam ke tebing sungai, menyebabkan tayar kenderaan terbalik ke atas dan kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan di tebing sungai,” katanya kepada Astro AWANI.
Katanya, punca kematian mangsa disyaki adalah sesak nafas apabila mangsa meronta-ronta meminta pertolongan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mangsa berjaya diselamatkan.
Katanya lagi, bedah siasat akan dijalankan sekitar 2 petang dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Jul 04 2016

Keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa kemalangan. - Foto sumber JBPM

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.

'Uncle Kentang' harap anugerah Komanwel cetus inspirasi lebih ramai terlibat aktiviti amal
Aktivis sosial Kuan Chee Heng berharap Anugerah Komanwel Points of Light yang diterimanya akan membuka jalan dan mencetus inspirasi agar lebih ramai terlibat dengan aktiviti kebajikan.

TSMCG terus komited bantu golongan kurang berkemampuan, terkesan akibat COVID-19
Presiden TSMCG Datuk Ir Zainuddin Mohd Radzi berkata usaha tersebut dilaksanakan menerusi pelbagai program amal dan kebajikan.

Seorang maut, dua cedera parah terlibat kemalangan selepas aktiviti amal
Tiga anak muda dalam perjalanan pulang selepas agihkan makanan kepada gelandangan di sekitar ibu negara sempena bulan Ramadan.