NILAI: Seorang penunggang motosikal maut manakala sembilan cedera selepas berlanggar sesama sendiri dalam kemalangan membabitkan 10 buah motosikal di Kilometer 26.9 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah Seremban di sini pada Isnin.
Kejadian jam 11.30 malam itu menyebabkan mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malek Hasim berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kemalangan berlaku ketika kesemua penunggang yang terlibat bergerak dari arah Nilai menuju ke Seremban.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, salah sebuah motosikal dipercayai telah gagal dikawal sebelum terbabas dan berlanggar sesama sendiri.
"Seorang penunggang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penunggang cedera parah dan empat penunggang lain mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, kesemua mangsa lelaki yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 20 tahun itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk menerima rawatan lanjut manakala mangsa yang maut turut dibawa ke hospital sama bagi proses bedah siasat.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai, Inspektor Zarina Ariffin di talian 013-8238336,"katanya.
Sementara itu, video berkenaan kejadian itu turut tular di laman sosial yang memaparkan beberapa mangsa yang cedera terbaring di atas jalan raya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 11 2023

Video berkenaan kejadian itu turut tular di laman sosial yang memaparkan beberapa mangsa yang cedera terbaring di atas jalan raya. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Konvoi motosikal bertukar tragedi, seorang maut
Menurut polis, kejadian melibatkan enam motosikal yang dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Kajang.

10 lelaki tunggang motosikal secara berbahaya ditahan
JSPT menahan 10 penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban (PLUS) dan Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS).

10 mat rempit buat aksi 'superman' ditahan
Sebanyak 48 saman turut dikeluarkan ke atas kedua operasi yang dijalankan selain sitaan melibatkan 10 buah motosikal.

Seorang maut, sembilan cedera motosikal berlanggar sesama sendiri
Seorang penunggang motosikal maut manakala sembilan cedera selepas berlanggar sesama sendiri dalam kemalangan membabitkan 10 buah motosikal di LEKAS arah Seremban di sini pada Isnin.

Kadar tol BESRAYA, LEKAS diturunkan mulai tengah malam ini
Penurunan kadar tol antara 15 sen hingga 50 sen itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan syarikat konsesi dua lebuh raya itu.

Tanah runtuh laluan Seremban-Mantin, bomba saran guna LEKAS
Pengguna laluan Seremban-Mantin dinasihatkan menggunakan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) susulan kejadian runtuhan tanah dan pokok tumbang di Jalan Batu 5, Bukit Mantin dekat sini, petang tadi.

Kemenangan berganda untuk PLUS dan ELITE, diiktiraf lebuh raya sistem tertutup terbaik
Kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.

Diskaun tol sehingga 20 peratus di Besraya, NPE dan LEKAS sempena Aidilfitri
Pemberian ini bagi menyokong hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat sempena Aidilfitri buat pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman.

Diskaun tol di Lebuhraya Besraya, NPE, LEKAS
Pemberian diskaun berkenaan akan berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada Selasa ini.

LEKAS ditutup sementara 18-19 Ogos sempena Shimano Ride
Sepanjang tempoh tersebut, 19 persimpangan akan ditutup bermula dari persimpangan Kajang Selatan hingga persimpangan Paroi.