LENGGONG: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah terkena bahan letupan buatan sendiri di pusat rekreasi Lata Kekabu, dekat sini, pada Isnin.
Mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Amirudin Khairudin, 44, manakala mangsa yang cedera parah ialah Azlan Ali, 40.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Polis Daerah Gerik menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.12 petang tadi.
Menurutnya, mangsa yang meninggal disahkan telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakaka mangsa yang parah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.
“PDRM Perak menasihatkan masyarakat agar tidak menjalankan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti menggunakan bahan letupan bagi tujuan penangkapan ikan dan tidak menyalahgunakan kawasan rekreasi sebagai lokasi aktiviti menangkap ikan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Mohd Yusri turut merakamkan takziah kepada kepada keluarga kedua-dua mangsa yang terlibat.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Sep 05 2022

Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah terkena bahan letupan buatan sendiri di pusat rekreasi Lata Kekabu, Lenggong, pada Isnin. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Polis nyahaktif objek menyerupai bahan letupan di Sungai Pinang
Polis menyahaktifkan objek mencurigakan menyerupai bahan letupan yang ditemukan di tepi jalan di Lebuh Sungai Pinang 7, hari ini.

Polis buru lelaki di Berlin selepas tinggalkan bahan letupan di stesen kereta api
Penyiasat terus mencari lelaki itu yang melarikan diri dari tempat kejadian di stesen kereta api Neukolln, selatan Berlin.

Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.

Malaysia kecam penggunaan peranti komunikasi sebagai senjata di Lubnan
Malaysia amat bimbang dengan penggunaan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di seluruh Lubnan yang telah mengorbankan 21 nyawa.

Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.

Bahan letupan ditemukan dalam kereta suspek penembak Trump - Laporan
Pihak berkuasa menemukan bahan letupan dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun yang didakwa cuba membunuh bekas Presiden Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania.

Polis serah siasatan aktiviti bom ikan kepada Jabatan Perikanan, Perhutanan
Polis menyerahkan siasatan seterusnya kepada Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perikanan negeri berhubung aktiviti penangkapan ikan menggunakan bahan letupan oleh sekumpulan lelaki di Hulu Perak.

Dua lelaki main mercun pukul 4 pagi ditahan
Kedua-dua suspek mempunyai masing-masing dua dan empat rekod jenayah lampau melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.

Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.

Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Gaza ke Israel, sekurang-kurangnya 22 maut
Serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke Israel, manakala sebilangan pejuang Palestin telah menembusi Israel dari Gaza, menurut tentera Israel Sabtu.