PUTRAJAYA: Kabinet baharu Kerajaan Madani menyaksikan seorang menteri dan dua timbalan menteri digugurkan daripada senarai.
Ia membabitkan V Sivakumar yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Sumber Manusia sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kerajaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching turut menerima nasib sama.
Posisi Ramkarpal diganti oleh M Kulasegaran manakala Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin mengambil alih tempat Siti Aminah.
Anwar pada pengumuman tersebut menyenaraikan lima menteri baharu yang mana tiga daripada mempunyai pengalaman sebagai menteri sebelum ini.
Mereka adalah Gobin Singh Deo sebagai Menteri Digital; Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilantik kembali menerajui Kementerian Kesihatan dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani diumum sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
Selain itu, Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.
Senator yang baharu iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizah akan mengurangkan beban tanggungjawab Anwar di Kementerian Kewangan dengan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II.
Bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Zulkifli Hasan pula mengisi kekosongan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menggantikan tempat Datuk Aiman Athirah Sabu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Aiman Athirah pula bertukar ke Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai Timbalan Menteri.
Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sementara Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh sebagai Timbalan Menteri Pendidikan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 12 2023
![Seorang menteri, dua timbalan digugurkan Seorang menteri, dua timbalan digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702355035_TBmenterikegugura.jpg)
Dari kiri: Sivakumar, Ramkarpal dan Siti Aminah.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
![CEO baharu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat CEO baharu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702373466_DatukSeriAmirHamz.jpg)
CEO baharu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat
CEO baharu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat susulan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II.
![Dilantik Menteri Kewangan II, ini latar belakang Amir Hamzah Dilantik Menteri Kewangan II, ini latar belakang Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702357242_TBSAMIRHAMZAHj.jpg)
Dilantik Menteri Kewangan II, ini latar belakang Amir Hamzah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II susulan rombakan Kabinet pada Selasa.
![Johari Abdul Ghani kembali jadi menteri, ini latar belakang beliau Johari Abdul Ghani kembali jadi menteri, ini latar belakang beliau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702356166_DialogNaibPresiden.jpg)
Johari Abdul Ghani kembali jadi menteri, ini latar belakang beliau
Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu berikutan rombakan Kabinet pada Selasa.
![Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702355870_TBKabinetjpg.jpg)
Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
![Seorang menteri, dua timbalan digugurkan Seorang menteri, dua timbalan digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702355035_TBmenterikegugura.jpg)
Seorang menteri, dua timbalan digugurkan
Kabinet baharu Kerajaan Madani menyaksikan seorang menteri dan dua timbalan menteri digugurkan daripada senarai.
![Istiadat angkat sumpah menteri persekutuan petang ini Istiadat angkat sumpah menteri persekutuan petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702348209_TBIstanaNegaraj.jpg)
Istiadat angkat sumpah menteri persekutuan petang ini
Menurut sumber, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.