Seorang anggota polis maut dan dua lagi cedera dalam satu serangan di Si Sakhon, Narathiwat, selatan Thailand.
Dalam kejadian tengah malam tadi, tiga anggota polis yang sedang meronda dengan menaiki sebuah trak pikap dipercayai ditembak sekumpulan anggota bersenjata di Kampung Sako di Daerah Si Sakhon.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mejar Jeneral Polis Narin Busaman berkata siasatan polis mendapati anggota kumpulan bersenjata itu bersembunyi di kawasan hutan berhampiran dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah polis yang sedang membuat rondaan.
"Hampir 100 kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian,
"Polis percaya sekurang-kurangnya 10 anggota kumpulan bersenjata terlibat dalam serangan kali ini," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Seorang anggota polis meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Si Sakhon.
Beliau berkata suspek turut membakar trak pikap tersebut sebelum melarikan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 07 2020
Seorang anggota polis meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Si Sakhon.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Jawatankuasa Bencana Sarawak bakal bincang isu keselamatan kediaman lereng bukit - Uggah
Isu keselamatan kediaman di kawasan lereng bukit akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam masa terdekat.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap
Menurut ketua pegawai eksekutif P2 Biotech, syarikat peneraju dalam inovasi teknologi pertanian, industri getah kini mampu dipacu secara lebih efisien menerusi kewujudan inovasi canggih yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah tradisional dan meningkatkan produktiviti petani.
Pilih undang-undang yang mendesak, mampu beri impak positif - Pakar
Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria, berkata, kerajaan perlu bijak memilih dan menilai undang-undang yang memerlukan perhatian segera, dengan memberi keutamaan kepada akta yang mampu memberi impak positif dalam tempoh singkat.
Rejim Assad di Syria mungkin tumbang beberapa hari lagi, kata Amerika Syarikat
Laporan CNN memetik pegawai AS mendakwa, menjelang hujung minggu depan rejim Assad akan kehilangan sebarang bentuk kuasa.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria
Presiden Kenya terbuka tukar misi perangi keganasan ke operasi pengaman PBB di Haiti
Presiden Kenya, William Ruto memaklumkan beliau terbuka untuk menukar misi memerangi keganasan kumpulan bersenjata di Haiti kepada operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dua peniaga durian mati ditembak kumpulan bersenjata di Yala
Dua peniaga durian maut ditembak oleh kumpulan bersenjata dalam satu kejadian di Yala, wilayah selatan Thailand malam tadi.
Kerajaan Thailand, BRN rangka draf perjanjian teruskan rundingan damai
BRN berkata pertemuan antara ketua perunding Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan BRN dijangka diadakan tidak lama lagi.
12 maut, 87 cedera pertempuran di Tripoli, Libya
Pasukan perubatan tidak dapat mengakses kawasan tertentu di Tripoli bagi membantu orang awam yang membuat panggilan kecemasan.
Pertempuran di Tripoli, angka kematian meningkat 16
Pertempuran meletus antara dua kumpulan bersenjata yang bersaing merebut kawasan pada Khamis dan berlarutan sehingga Jumaat.
Rundingan damai selatan Thailand akan diadakan di KL bulan depan
Rundingan damai selatan Thailand yang tergendala akibat pandemik COVID-19 akan diadakan secara bersemuka di Kuala Lumpur pada bulan depan.
Seorang polis maut, dua lagi cedera dalam serangan di Narathiwat
Anggota kumpulan bersenjata itu bersembunyi di kawasan hutan berhampiran dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah polis.
Prayuth puji Malaysia kerana memudah cara proses perdamaian di selatan Thailand
Prayuth juga berbincang dengan Dr Mahathir untuk membawa kumpulan bertanggungjawab terdiri daripada pelbagai kumpulan pemberontak di wilayah selatan ke meja rundingan.