KUALA LUMPUR: Sukan sepak takraw sudah menepati kriteria untuk disenaraikan semula ke dalam sukan teras Malaysia, menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan.
Beliau berkata ia susulan prestasi cemerlang yang ditampilkan skuad negara di pentas Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di sini baru-baru ini selain berjaya menarik perhatian peminat sukan tanah air yang hadir ke Stadium Titiwangsa pada piala berprestij itu.
Justeru Mohd Sumali berharap Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) mempertimbangkan secepat mungkin untuk menyenaraikan sukan berkenaan ke dalam sukan teras demi memastikan pembangunan atlet sepak takraw kebangsaan.
"Saya mohon kepada MSN, KBS sudah tiba masanya untuk sepak takraw dimasukkan kembali dalam sukan teras seperti sebelum-sebelum ini, apatah lagi prestasi membanggakan telah memberi nilai tambah untuk masuk semula ke sukan teras, selain dengan kecemerlangan di Piala Dunia.
"Ia juga mempunyai penonton yang ramai, merupakan sukan tradisi dan warisan kita, supaya banyak pembangunan dan program sepak takraw dapat dirancang dengan teratur dan sistematik, dapat sokongan dari kerajaan," katanya pada Program Jendela Fikir Bernama Radio pada Rabu.
Pada 22 Mei lepas, skuad sepak takraw kebangsaan mencipta sejarah menamatkan penguasaan Thailand selepas menewaskan mereka pada pertandingan akhir acara regu dan double masing-masing dengan keputusan 2-0.
Penantian 33 tahun skuad sepak takraw negara untuk muncul juara acara regu berpasukan pula terus berpanjangan selepas tewas kepada Thailand 1-2 dalam aksi final pada 26 Mei.
Sementara itu, Mohd Sumali berkata sudah tiba masanya suka sepak takraw mempunyai stadium khas terutamanya untuk menganjur kejohanan-kejohanan besar pada masa akan datang.
"Sudah tiba masanya kerajaan mempertimbangkan untuk ada stadium sepak takraw negara yang menjadi lambang sukan kita. Ia sukan tradisi peminat ramai, jadi kena ada stadium, walaupun tak besar sangat kalau boleh memuatkan 4,000-5,000 penonton sudah memadai," katanya.
Beliau pada masa sama turut berpandangan insentif khas berjumlah RM170,000 daripada MSN merupakan permulaan yang positif buat skuad negara selepas kejayaan diraih bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024
Mohd Sumali berkata sudah tiba masanya suka sepak takraw mempunyai stadium khas terutamanya untuk menganjur kejohanan-kejohanan besar pada masa akan datang. - Foto fail/BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.
KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.
Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.
KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.
KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.
KBS bantu inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, hari ini.