"Saya bagaikan bermimpi, tidak percaya kerana pagi semalam baru sahaja kami bertemu. Sebelum berangkat ke ibu kota, suami kerap tersenyum, tetapi hari ini dia sudah tiada," begitulah luahan isteri seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (Lebuh AMJ) menghala ke Simpang Ampat, Alor Gajah, malam tadi.
Loh Sy Huey, 49, berkata seperti biasa setiap hari suaminya, Wang Chow Kuang, 51, akan berulang alik sama ada dari Melaka ke Kuala Lumpur, Selangor atau Singapura selain terbang ke China atau Vietnam atas urusan perniagaan.
"Dia seorang yang sangat kuat bekerja, saya tahu dia penat kerana sentiasa berulang alik ke sana dan ke sini. Walaupun dia penat, dia tidak pernah tunjukkan rasa letih itu kepada saya dan anak-anak. Tak sangka hanya kira-kira 23 tahun sahaja saya dapat hidup bersama dengannya.
"Bahkan dia seorang suami yang baik, penyayang dan sentiasa memanjakan dua anak perempuannya. Mungkin tuhan cemburu dengan kebahagiaan kami," katanya sambil teresak-esak kepada Bernama ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata ketika kejadian berlaku, Wang dan anak perempuannya Wang Yi Tong, 21, yang belajar di Universiti Sunway, Subang Jaya dalam perjalanan pulang ke rumah di Machap Omboo, Alor Gajah.
BACA: Enam termasuk lima sekeluarga maut kenderaan bertembung
BACA: Ibu tidak sangka telatah anak petanda mereka akan pergi buat selamanya
"Saya mendapat panggilan kira-kira 9.55 malam tadi mengatakan suami dan anak saya terlibat kemalangan yang mana salah seorang daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian, saya tercengang dan tidak dapat berkata apa-apa," kata ibu kepada dua anak itu.
Menurut Loh, anaknya mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka sudah mula sedar, namun dia masih lagi dalam keadaan yang lemah.
Katanya, jenazah suaminya akan dibawa pulang ke rumahnya di Machap Omboo dan akan dikebumikan di pusat pengebumian di kawasan itu pada Selasa depan.
Selain suaminya, lima sekeluarga turut terkorban dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan iaitu Mitsubishi Triton dan Isuzu D-Max serta sebuah treler tanpa muatan pada 9.40 malam semalam.
Kejadian itu turut menyebabkan anak perempuannya mengalami cedera parah, manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 10 2019
Enam mayat mangsa kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan dibawa naik ke dalam kenderaan polis dari bilik mayat Hospital Alor Gajah untuk ke Hospital Melaka malam tadi. - Foto BERNAMA
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Melaka kesan cubaan sebar 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.
Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.
Singapura yakin Malaysia angkat martabat agenda kelestarian
Singapura meletakkan harapan kepada Malaysia untuk memajukan agenda kelestarian rantau ini semasa mempengerusikan ASEAN 2025.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Thailand alu-alukan rakyatnya cari makan di Malaysia, kembali
Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata, kerajaan Thailand mengalu-alukan rakyatnya termasuk yang masuk secara haram ke Malaysia untuk mencari rezeki di negara jiran, untuk kembali memandangkan pihak berkuasa negara itu giat meningkatkan sosial ekonomi penduduk terutamanya di wilayah Selatan.
Tujuh pertuduhan Muhyiddin Yassin didengar, dibicara bersama
Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM200 juta dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibicarakan dan didengar bersama.
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Ketua Polis Negara bantu mangsa di lokasi
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
'Seperti mimpi, semalam bertemu, hari ini sudah tiada'
Luahan isteri seorang mangsa yang maut dalam kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin menghala ke Simpang Ampat, Alor Gajah, malam tadi.