KOTA BHARU: “Saya minta maaf, tidak dapat selamatkan mangsa.”
Itu luah Siti Salwani Husin, 35, sepupu kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Kampung Gertak Kechupu, Mentuan di sini, pada Jumaat.
Mangsa, Muhammad Huzaifah Ab Halim, 31, yang mempunyai masalah kemurungan dan adik bongsunya, Aisyah Ab Halim, 22, juga orang kurang upaya (OKU) sindrom Down maut dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam.
Kata Siti Salwani, sebelum itu dia terdengar bunyi percikan api dan keluar dari rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah mangsa.
“Saya nampak api marak di bahagian dapur mereka dan Aisyah menjenguk keluar dari jendela sambil melambai-lambai minta pertolongan.
"Saya menyuruhnya supaya segera terjun tetapi dia tidak terjun.
“Dalam keadaan panik, api terus marak dan asap tebal menyebabkan saya gagal untuk masuk ke rumah kayu itu bagi menyelamatkannya,” kata wanita itu sambil menangis dan memeluk salah seorang kakak Aisyah.
Menurutnya, ketika kejadian, ibu dua beradik tersebut iaitu guru mengaji al-Quran, Robiah Ismail, 59, berada di masjid kira-kira 300 meter dari rumah mereka.
“Bapa mereka sudah lama meninggal dunia dan dua beradik itu tinggal dengan ibu mereka. Ibu saudara saya itu akan ke masjid setiap hari.
“Saya masih terbayang-bayang Aisyah meminta tolong dan amat sedih kerana tidak dapat menyelamatkannya,” katanya sayu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 9.30 malam dan pemeriksaan anggota menemui mayat adik-beradik itu masing-masing di ruang tamu dan tandas.
“Seramai 25 anggota Balai Bomba Penyelamat Kota Bharu dan Pasir Tumboh bertugas memadam kebakaran tersebut.
“Pihak kami menyerahkan kepada anggota polis untuk membawa keluar mayat dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia,” katanya.
Ujar beliau, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 13 2023

Gambar kenangan Aisyah dan Muhammad Huzaifah dalam bulatan kecil. -Foto Sinar Harian

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Sepupu kesal tak dapat selamatkan dua beradik rentung
Kata Siti Salwani, sebelum itu dia terdengar bunyi percikan api dan keluar dari rumahnya yang terletak berhadapan dengan rumah mangsa.