ALOR GAJAH: Jika anda penggemar kuih tradisional, pastinya anda mengenali kuih serabai yang lazimnya dihidangkan semasa kenduri tahlil.
Seumpama pankek, kuih berongga lembut berwarna putih keperangan hasil adunan tepung beras, gula dan santan yang sebenarnya tawar itu sering digandingkan dengan kuah manis atau jika di sebelah utara, kuah durian bagi lebih enak.
Mencabar diri sendiri, Ahmad Azri Ismail, 34 yang mengusahakan Kuih Serabai Tradisional menongkah arus apabila memilih makanan warisan tersebut untuk dijadikan juadah jualan secara komersial di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah di sini sejak terkesan dengan pandemik COVID-19 beberapa tahun lepas.
Merupakan generasi ketiga mengusahakan kuih berkenaan, Ahmad Azri ketika ditemui pemberita berkata pada zaman dahulu, serabai ditempah apabila hanya ada kenduri tahlil atau ketika Ramadan dan sememangnya menjadi kegemaran golongan warga emas.
"Resepi diperoleh daripada nenek saya dan keistimewaannya ialah adunan dicampur kelapa, sedikit berbeza dengan resepi dari utara yang agak masam kerana diletakkan yis. Memang bahannya mudah tetapi kena pandai mengadun.
"Bagi pelengkap pula, kuah durian atau jika ada permintaan, kuah nangka atau pisang. Alhamdulillah permintaan terhadap kuih ini sangat baik dan menjadi pilihan warga emas," katanya sambil mengakui tidak ramai yang sanggup menjual kuih itu secara komersial.
Ahmad Azri berkata kuih serabainya yang dijual pada harga RM2.50 bagi satu set atau tangkup bukan sahaja ditempah oleh pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Johor dan Singapura untuk majlis tahlil atau perkahwinan, malah pelbagai acara keraian.
"Setiap hari jualan mampu cecah 100 tangkup pada hari biasa dan jika hujung minggu atau musim cuti, boleh melebihi 300 tangkup dan saya pernah dapat tempahan untuk 1,000 tangkup. Jadi bekalan durian untuk kuah kuih ini memang selalu ada," katanya yang belajar membuat kuih itu sejak sekolah rendah.
Bagi memastikan pencuci mulut warisan tersebut terus diterima ramai terutama golongan muda, beliau kini giat mempromosikan serabai menerusi media sosialnya seperti Facebook.
"Jika bukan kita yang komersialkan juadah warisan nenek moyang, siapa lagi (yang akan komersialkan), sayang kalau makanan unik ini lenyap kerana peredaran zaman sedangkan tidak susah untuk membuatnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Seumpama pankek, kuih berongga lembut berwarna putih keperangan hasil adunan tepung beras, gula dan santan yang sebenarnya tawar itu sering digandingkan dengan kuah manis atau jika di sebelah utara, kuah durian bagi lebih enak. - Foto BERNAMA
KKM lancar WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melancarkan WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan di talian 012-8484378.
Jelasnya, ia bagi memastikan keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan aduan dapat disampaikan secara langsung.
Jelasnya, ia bagi memastikan keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan aduan dapat disampaikan secara langsung.
Sekatan Israel langgar undang-undang antarabangsa - Liga Arab
Parlimen Arab mengecam tindakan sekatan bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel dan menyifatkan ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Orang ramai serbu bazar, walaupun kenaikan harga
Hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa menyaksikan orang ramai berpusu-pusu mencari makanan dan juadah berbuka di Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhamad ke-IV

Lebih 35,000 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 bilion direkodkan tahun lepas
Ramli berkata jumlah itu mewakili 84.5 peratus daripada 41,701 kes jenayah komersial dilaporkan pada tahun lepas.

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
Penyelenggaraan termasuk menukar 'bogie' bagi koc Mutiara dan pemeriksaan elektrik serta elektronik, di bawah pengawasan jurutera dari Switzerland.

Perancis, UK cadang gencatan senjata selama sebulan di Ukraine
Paris dan London mencadangkan gencatan senjata "separa" selama sebulan di Ukraine, meliputi serangan ke atas infrastruktur udara, laut dan tenaga.

Malaysia mohon longgar syarat bagi Timor-Leste jadi anggota penuh ASEAN
Berdasarkan peraturan sedia ada, terdapat 88 prasyarat ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh Timor-Leste sebelum boleh menjadi ahli penuh rantau itu.

EU sekali lagi tingkatkan kebergantungan kepada baja Rusia - Eurostat
Sejak sekatan terhadap Rusia dikenakan, negara-negara EU telah mengurangkan import baja Rusia dengan ketara.

Menang Oscar, pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: Siasat Ismail Sabri, bukan sebab politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Serabai bukan lagi sekadar 'kuih kenduri tahlil'
Jika anda penggemar kuih tradisional, pastinya anda mengenali kuih serabai yang lazimnya dihidangkan semasa kenduri tahlil.