SEREMBAN: Seramai 14.3 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia telah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat hari ini.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pihaknya menjangkakan dapat menyelesaikan bancian yang dijalankan di seluruh negara itu pada akhir Jun ini.
"Ingin saya tekankan bahawa bancian ini bukan bergantung bagaimana ia dapat diselesaikan tetapi ketepatan maklumat diberikan oleh orang ramai menerusi sistem banci ini.
"Kita mahu dapatkan maklumat profil penduduk berkaitan ekonomi dan sosial bagi perancangan masa depan negara," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan Banci 2020 di Kampung Baru Rasah di sini hari ini.
Menurutnya, menerusi dapatan bancian itu ia memudahkan pelbagai pihak mengenal pasti kemudahan diperlukan, perkhidmatan dan peluang pekerjaan kepada rakyat di sesuatu kawasan.
Justeru, beliau berharap rakyat tanpa mengira kaum dan status pendapatan bekerjasama dengan memberi maklumat bancian yang dijalankan setiap 10 tahun itu dengan tepat agar dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.
Katanya, negeri yang merekodkan bancian tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak 99 peratus diikuti Johor dan Perak menghampiri 60 peratus manakala bancian terendah ialah Sabah (21 peratus) dan Sarawak (30 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pihaknya menjangkakan dapat menyelesaikan bancian yang dijalankan di seluruh negara itu pada akhir Jun ini. - BERNAMA

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Seramai 14.3 juta rakyat Malaysia telah dibanci - Ketua Perangkawan
Seramai 14.3 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia telah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat hari ini.

Seramai 11.8 juta rakyat Malaysia telah dibanci - Ketua Perangkawan
Seramai 11.8 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia iaitu 36.1 peratus telah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.

Banci 2020: Sejumlah 4.5 juta penduduk telah dibanci melalui e-Census
Antara negeri yang merekodkan bancian tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak dan Selangor manakala Sabah serta negeri di Pantai Timur masih berada di jajaran bawah daripada 10 peratus.

COVID-19: Fasa kedua Banci 2020 dijadual semula, mula 20 Jan 2021
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dijadualkan semula berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 kebelakangan ini.

Banci 2020 fasa kedua secara bersemuka di Sabah ditangguhkan - DOSM
Pesuruhjaya Banci 2020 Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata keputusan itu diambil berikutan pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di negeri tersebut bermula 3 hingga 16 Okt ini.

Pra-pendaftaran banci dalam talian, e-CENSUS berakhir esok
Pra-pendaftaran Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) fasa 1 secara dalam talian (e-CENSUS) akan berakhir esok, pukul 11:59 malam.

Hanya 1.8 juta rakyat Malaysia respons e-Census - Ketua Perangkawan
Hanya 1.8 juta rakyat Malaysia telah mengisi Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci 2020) secara dalam talian atau e-Census.

Banci 2020: Hampir 1 juta isi rumah isi e-Census
Hampir satu juta isi rumah menggunakan kaedah dalam talian atau "e-Census" bagi mengisi maklumat Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat ini.

Generasi muda disaran bantu ibu bapa isi maklumat banci secara e-Census
Generasi muda disaran membantu ibu bapa atau anggota keluarga masing-masing yang tidak berkemahiran mengakses Internet mengisi maklumat Banci 2020 secara dalam talian atau e-Census.

Jumlah penduduk Malaysia isi e-Census masih di bawah sasaran
Kurang daripada 10,000 isi rumah mengisi e-Census setiap hari berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 37,000 isi rumah.