PETALING JAYA: Seramai 204,927 pelawat dari Singapura memasuki negara ini melalui Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor setakat semalam sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lepas.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata, trend peningkatan secara berperingkat kedatangan pelawat itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara berada dalam landasan pemulihan yang positif.
"Pelancong Singapura akan lebih ramai dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang (dijangkakan) lebih meriah. Mereka ingin melawat saudara mara di Malaysia dan ia berita baik buat ekonomi Malaysia," katanya dalam sidang media hari ini.
Nancy berkata demikian selepas melancarkan Program Duta Komuniti MyMOTAC, satu inisiatif di bawah Program Duta Komuniti Keluarga Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 25 Mac lepas.
Mengenai Duta Komuniti MyMOTAC, Nancy berkata ia bagi menggalakkan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta memastikan komuniti membudayakan kawalan kendiri dalam situasi negara beralih ke fasa endemik seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan penggunaan aplikasi MySejahtera.
Beliau berkata fasa pertama Duta Komuniti MyMOTAC akan memberi fokus kepada kawasan pelancongan berisiko tinggi yang menjadi tumpuan orang ramai sempena cuti perayaan dan cuti sekolah seperti zoo, pusat beli-belah, taman tema, hotel dan muzium.
Katanya bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan Duta Komuniti MyMOTAC, MOTAC akan menggerakkan semua Pejabat MOTAC negeri serta penggiat industri pelancongan, seni dan budaya untuk melaksanakan program itu mulai hari ini hingga 30 September.
Menurut Nancy, Duta-duta Komuniti MyMOTAC akan dibekalkan dengan kain lilit lengan sebagai pengenalan diri kepada orang awam dan akan bertugas secara sukarela di kawasan berisiko tinggi iaitu di tempat sesak dan tertutup.
"MOTAC juga sentiasa bersedia untuk memperluas Program Duta Komuniti MyMOTAC kepada subsektor lain di bawah sektor pelancongan, seni dan budaya bergantung kepada kesesuaian serta keperluan dari semasa ke semasa," katanya.
Beliau turut memohon sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada para penggiat industri pelancongan, seni dan budaya supaya dapat bersama-sama kementerian dalam menjayakan Program Duta Komuniti MyMOTAC.
Dalam majlis sama, Nancy turut menyampaikan Sijil Pelantikan Duta Komuniti MyMOTAC kepada wakil pusat beli-belah, taman tema, pusat konvensyen, hotel, Zoo Taiping, Zoo Melaka, muzium dan Istana Budaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Trend peningkatan itu memberi sinar harapan meyakinkan bahawa sektor pelancongan negara dalam landasan pemulihan positif. - Astro AWANI

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

2 juta pengunjung dijangka banjiri Kuil Batu Caves sempena Thaipusam, meningkat 20 peratus
Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini, menyaksikan peningkatan sehingga 20 peratus.

Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Laos terima lebih empat juta pelancong pada 2024
Laos menerima lebih empat juta pelancong pada tahun lalu dengan peningkatan hampir satu juta pelawat berbanding tahun 2023.

New Zealand longgar peraturan visa benar pelawat bekerja sambil melancong
Ia dalam usaha terbaru untuk meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi.

KPDN Melaka rekod 50 kes kesalahan dalam tempoh 23 hari
Sebanyak 50 kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah akta kepenggunaan dengan denda berjumlah RM34,000 direkodkan dalam tempoh 23 hari bermula 1 Jan lepas.

1.4 bilion orang mengembara rentas negara pada 2024 - UNWTO
Perkembangan itu menandakan pemulihan kukuh bagi industri pelancongan global selepas pandemik COVID-19.

Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.