JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesakan telah membebaskan tanpa syarat, dua tangkapan berhubung insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang berlaku pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata tangkapan yang dibebaskan ialah lelaki berusia 22 tahun yang juga merupakan pelajar kolej swasta.
Katanya seorang lagi yang dibebaskan ialah wanita berusia 21 tahun yang juga merupakan pelajar sebuah Institusi latihan yang ditangkap pada hari kejadian.
"Dua tangkapan ini ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan dan telah dibebaskan pada Selasa, setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.
"Walau bagaimanapun siasatan terhadap lima sekeluarga masih diteruskan memandangkan tempoh tahanan reman terhadap semua mereka akan tamat pada Jumaat ini (24 Mei).
"Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi, manipulasi fakta atau membuat sebarang komen di media sosial berkenaan insiden ini, sehingga boleh menggugat ketenteraman awam dan menganggu siasatan pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada Jumaat lalu, dua anggota polis Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut akibat ditembak dan ditetak oleh seorang suspek yang dipercayai ada kaitan dengan ahli Jemaah Islamiyah.
Mereka dikebumikan di kampung halaman masing-masing di Bidor, Perak dan Gambang Pahang.
Manakala, seorang lagi anggota polis yang cedera akibat tembakan di bahu kiri dan pinggul berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Susulan itu, tujuh individu ditahan termasuk lima sekeluarga berusia antara 19 hingga 62 tahun.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed May 22 2024

M Kumar berkata siasatan terhadap lima sekeluarga masih diteruskan memandangkan tempoh tahanan reman terhadap semua mereka akan tamat pada Jumaat ini. - Foto Facebook/Polis Johor
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Anggota pengaman UNIFIL cedera dalam serangan berhampiran lapangan terbang Beirut
Seorang anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) cedera pada Jumaat dalam serangan ke atas konvoi berhampiran lapangan terbang Beirut.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

14 maut dalam serangan pengganas di Syria
Sebuah kenderaan yang dipenuhi bom meletup di pintu masuk selatan Manbij, yang berada di bawah kawalan Tentera Nasional Syria (SNA).

Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.

Empat lelaki cedera diserang sekumpulan individu bersenjatakan parang di Nilai
Kejadian membabitkan empat lelaki berumur 44 hingga 59 tahun diserang pada kira-kira pukul 10 malam.

Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.

Seorang maut, 35 cedera dalam letupan di Pakistan
Lapan individu yang cedera berada dalam keadaan kritikal manakala yang lain dilaporkan stabil.

70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.

7 terbunuh dalam serangan Israel di hospital Gaza
Menurut dakwaan Israel, serangan itu mensasarkan anggota unit pertahanan udara Hamas yang beroperasi dari kawasan hospital tersebut.

Angka korban penduduk Palestin hampir cecah 45,000 orang
Peningkatan jumlah korban ini berlaku selepas 48 rakyat Palestin lagi terbunuh dalam tempoh 24 jam terakhir akibat serangan udara Israel.