KUALA LUMPUR: Hasrat Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar untuk membawa keluarga bercuti dan pulang ke kampung halaman bapanya di Kelantan tidak kesampaian selepas maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Lebih menyedihkan, percutian bersama ibu bapa dan tujuh adik-beradiknya itu dirancang Allahyarham Ahmad Azza Fahmi, 22, yang mesra disapa Ami, bagi "menebus" masa bersama keluarga yang tidak dapat dipenuhi pada Aidilfitri baru-baru ini kerana tuntutan tugas.
Azza Asyariena Azhar, 27, kakak kepada Allahyarham berkongsi adiknya itu sering meluahkan hasrat berkenaan ketika membuat panggilan video bersama keluarga.
"Dia memang cakap nak balik bercuti hujung bulan Jun ini dan bawa keluarga pergi jalan-jalan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Anak kedua daripada lapan beradik itu juga menyifatkan Ahmad Azza Fahmi seorang yang sangat baik dan murah dengan senyuman selain tidak pernah berkira dengan keluarga.
"Dalam kalangan rakan-rakannya, mungkin Ami seorang yang pendiam, tetapi dalam keluarga mulut arwah paling riuh dan arwah ini sangat ringan tulang.
"Dia suka sangat mengusik adik-adiknya. Ami memang seorang family man, dia sentiasa ada ketika kami memerlukannya," katanya sambil menambah Allahyarham bertugas di Balai Polis Ulu Tiram sejak dua tahun lepas.
Azza Asyariena berkata kenangan berbuka puasa beramai-ramai dua bulan lepas merupakan kali terakhir mereka bertentang mata secara fizikal dengan anak keempat itu.
"Kami memang boleh dikatakan hari-hari akan (buat) panggilan video dengan semua adik-beradik. Kami akan kemas kini urusan harian masing-masing. Arwah juga tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian," katanya.
Beliau berkata jenazah Ahmad Azza Fahmi dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor di Perak hari ini atau awal pagi esok selepas proses bedah siasat selesai.
Sementara itu, sahabat Allahyarham, Mohammad Munsyi Aziz Abdullah, 21, pula tidak menyangka panggilan video antara mereka dua hari lepas adalah yang terakhir.
"Kami mempunyai minat yang sama berkaitan motosikal, selalunya kami akan sembang berkaitan perkara itu (motosikal) dan cerita kehidupan semasa masing-masing.
"Arwah seorang yang sangat baik dan dia tidak kedekut dengan kawan-kawan. Semenjak dia bekerja sebagai polis, setiap kali keluar makan (jika balik bercuti), dia akan belanja makan," katanya yang membesar bersama Allahyarham di Kampung Poh.
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 tahun dan suspek, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Percutian bersama ibu bapa dan tujuh adik-beradiknya itu dirancang Allahyarham Ahmad Azza Fahmi (foto) bagi "menebus" masa bersama keluarga yang tidak dapat dipenuhi pada Aidilfitri baru-baru ini kerana tuntutan tugas. -Facebook
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

TERKINI: Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram ahli JI, tujuh individu ditahan - KPN
Suspek yang berusia 34 tahun itu sememangnya membuat persediaan untuk melakukan serangan yang mengorbankan dua anggota polis itu.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN tinjau lokasi, akan beri kenyataan insiden
Tan Sri Razarudin Husain hari ini meninjau Balai Polis Ulu Tiram yang terlibat dalam kejadian serangan awal pagi tadi.