ISKANDAR PUTERI: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kejadian pada awal pagi Jumaat, yang menggemparkan negara itu telah mengorbankan dua anggota polis sementara seorang lagi anggota polis cedera.
"Kerajaan negeri mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme. Apatah lagi apabila kejadian melibatkan anggota polis.
"Kerajaan negeri berdiri teguh bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menentang apa juga ekstremisme dan akan bekerjasama dengan semua agensi keselamatan supaya insiden sebegini tak berulang lagi di Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail.
Onn Hafiz turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam insiden itu.
"Semoga roh keduanya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
"Kita doakan Koperal Mohd Hasif Roslan, yang masih dirawat supaya diberi kesembuhan dan pulih seperti biasa," katanya.
Beliau seterusnya meminta semua ahli Dewan berdiri bagi bertafakur membacakan al-Fatihah kepada dua wira negara yang terkorban itu.
Sebelum itu pada Jumaat, media melaporkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini awal pagi Jumaat, yang mengorbankan dua anggota polis serta suspek penyerang.
Susulan kejadian itu, polis dilaporkan telah menyerbu rumah suspek dan tangkapan dibuat terhadap lima ahli keluarganya yang berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang kini sedang direman.
Pada Sabtu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 19 2024

Onn Hafiz berkata, kejadian pada awal pagi Jumaat, yang menggemparkan negara itu telah mengorbankan dua anggota polis sementara seorang lagi anggota polis cedera. - Gambar fail

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.

Johor bakal rombak portfolio Exco - Onn Hafiz
Onn Hafiz mengesahkan perkara itu dan ia akan diumumkan pada minggu depan.

Johor batal serta-merta lesen peniaga diguna orang ketiga
Pembatalan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilaksanakan serta-merta sekiranya didapati pemilik kedua-dua jenis lesen berkenaan tidak berniaga secara sendiri.

COVID-19: Johor arah masjid, surau tangguh penganjuran sambutan Maulidur Rasul
Penangguhan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes COVID-19 melibatkan beberapa mukim di daerah negeri ini.

Had umur belia: Kerajaan Persekutuan ingin tahu alasan Kerajaan Johor - Tun M
Kerajaan Persekutuan akan menilai alasan Kerajaan Johor yang mengekalkan had maksima umur belia kepada 40 tahun.

RM50,000 diperuntukkan untuk ADUN pertingkat perkhidmatan kepada rakyat
Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM2.8 juta kepada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu bagi tahun 2018 sebagai langkah memastikan perkhidmatan berkesan kepada rakyat.

Isu rumah terbiar: Johor cadang turunkan kadar hartanah warga asing
Kerajaan negeri bercadang mengurangkan kadar minimum pemilikan hartanah RM1 juta yang ditetapkan terhadap warga asing kepada harga yang sesuai mengikut keluasan hartanah.

Kerajaan Johor setuju beri pelepasan khas 10 Julai kepada penjawat awam
Mohamed Khaled mengumumkan perkara berkenaan pada majlis berbuka puasa bersama media Johor di kediaman beliau di Saujana, di sini, malam ini.

Johor umum pemberian 35 meter padu air percuma kepada rakyat
Selain itu kerajaan negeri juga akan memastikan menjelang 2017 semua penduduk Johor akan menikmati bekalan air bersih.