KUANTAN: Pada awalnya Ahmad Said Md Piah, 65, menyangka berita mengenai kematian anaknya Konstabel Muhamad Syafiq dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor itu hanyalah cerita rekaan.
Namun, setelah mendapat panggilan telefon daripada polis memaklumkan mengenai perkara itu sekitar 8 pagi, dia yang ketika itu berada di kebun tidak menyangka kejadian itu benar-benar menimpa anak ketujuh daripada lapan beradik itu.
"Saya ingat orang hanya buat cerita atau scam (penipuan). Ada polis telefon maklumkan berkenaan kejadian itu...agak sukar nak percaya bila orang cakap anak pak cik, Syafiq meninggal dunia kena tembak...memang tak sangka betul.
"Saya balik rumah cakap dengan isteri kemudian tanya abang arwah yang kerja polis di Kuala Lumpur dan dia cakap benda itu betul arwah kena tembak," katanya dalam sebak ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.
Menurut Ahmad Said yang juga pesara tentera, Muhamad Syafiq sangat meminati kerjaya sebagai anggota polis sehingga sanggup berhenti belajar dalam bidang forensik di sebuah kolej di ibu negara demi menyertai pasukan Sang Saka Biru.
"Selepas tamat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia), Syafiq sambung belajar dua tahun di kolej itu sebelum berhentu untuk masuk polis.
"Dia memang berhasrat untuk menyambung kembali pengajiannya selepas itu," katanya.
Sementara itu, ibu mangsa Aini Mohd Shariff, 57, berkata anaknya itu seorang yang patuh kepada ibu bapa dan kerap menelefon untuk bertanya khabar sejak mula bertugas di balai berkenaan tahun lepas.
"Raya baru ini arwah tak balik, tapi dia ada telefon sebab nak dekat hari jadi makcik. Arwah tanya nak makan apa nak belanja. Betul (belanja), kawan Syafiq ada datang rumah hantar makanan.
"Arwah juga berhasrat mendirikan rumah tangga tetapi mak cik nasihat tangguh dulu sebab baru kerja dan arwah bersetuju...arwah memang jenis ikut cakap mak.
"Kita sayang anak tapi Allah lebih menyayangi dia, mak cik reda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Muhamad Syafiq (foto), menurut bapanya, sangat meminati kerjaya sebagai anggota polis sehingga sanggup berhenti belajar dalam bidang forensik di sebuah kolej di ibu negara demi menyertai pasukan Sang Saka Biru. -Facebook
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Permohonan kes dibicara bersama didengar 20 Jan
Pihak pendakwaan memberitahu, kesemua sembilan pertuduhan dihadapi mereka perlu dibicara bersama kerana ada kaitan antara satu sama lain.

Ideologi keganasan: Adik suspek serang Balai Polis Ulu Tiram mengaku tidak bersalah
Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Januari 2025 untuk pengurusan kes.

Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.

Abang penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong, miliki bahan berkaitan Daesh
Abang sulung lelaki yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi.

Fitnah mangsa insiden Balai Ulu Tiram: Tukang cuci dipenjara tujuh hari, denda RM800
Seorang tukang cuci dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memuat naik komen berbaur fitnah di media sosial terhad

Lelaki fitnah anggota polis terkorban insiden Ulu Tiram ditahan
Polis tahan lelaki tempatan berkaitan hantaran komen fitnah terhadap anggota polis yang terkorban dalam insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram.

Wira insiden tembakan Balai Polis Ulu Tiram pimpin ikrar Rukun Negara, laungan merdeka
Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.

Sebutan semula kes lima anggota keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram 2 Sept
Mahkamah turut memerintahkan seorang daripada lima tertuduh untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan di hospital.

Pintu pagar balai ditutup 10 malam: Penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa - KPN
Penyampaian perkhidmatan PDRM berjalan seperti biasa walaupun arahan agar pintu pagar balai polis di seluruh negara ditutup selepas 10 malam.

Hanya pintu pagar balai polis ditutup, operasi berjalan seperti biasa - KDN
Orang ramai masih boleh membuat laporan dan tiada sebarang halangan selepas waktu itu..