Semua pihak diminta tidak mempolemikkan Akta Majlis Keselamatan Negara yang diwujudkan khas untuk menjamin keselamatan negara.
Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata semua pihak juga harus sedar bahawa akta berkenaan diadakan bukan untuk kepentingan mana-mana parti politik.
"Langkah kerajaan dalam memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara merupakan satu langkah yang proaktif dan tepat dengan keadaan pada hari ini.
"Insiden keganasan di Jakarta jelas menunjukkan ancaman keganasan ini ternyata wujud tidak kira waktu dan tempat.
"Kejadian yang berlaku sekali gus memberi tamparan kepada kita selaku negara jiran bahawa tiada lagi persepsi yang menyatakan ancaman keganasan di Malaysia ini mungkin hanya retorik tetapi kewujudan keganasan ini benar-benar telah mengorbankan nyawa dan mencederakan orang awam," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Khamis, tujuh orang iaitu lima suspek pengganas dan dua orang awam mati dalam serangan bom dan senjata api di restoran Starbuck di Gedung Cakrawala yang terletak bersebelahan pusat membeli-belah Sarinah Thamrin di Jalan MH Thamrin, Jakarta.
Dalam pada itu Irmohizam mahu segala bentuk dan ancaman keganasan dikekang daripada dasarnya.
"Ini merupakan suatu jenayah kemanusiaan dan harus yang mana kita harus sentiasa siap siaga dengan ancaman yang tidak dapat dijangka.
"Jangan sudah terhantuk baru tengadah, kerana aspek keselamatan negara tidak boleh dipandang ringan jauh sekali untuk dipermainkan," jelasnya.
Pada 22 Disember tahun lalu, Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang MKN 2015 yang memperuntukkan 15 kuasa khas bagi penubuhan MKN serta pasukan keselamatan mengawal dan menyelaras operasi berkaitan keselamatan negara.
Rang undang-undang itu memperuntukkan bidang kuasa khas merangkumi penahanan masuk dan pemindahan orang; perintah berkurung; kuasa untuk mengawal pergerakan jalan; kuasa menangkap; kuasa untuk memeriksa dan menyita; kuasa untuk menggeledah premis bagi benda berbahaya; kuasa untuk memeriksa orang bagi benda berbahaya dan kuasa untuk menyita kenderaan, vesel, pesawat udara atau pengangkut.
Wan Syamsul Amly
Sat Jan 16 2016

IRMOHIZAM: Langkah kerajaan dalam memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara merupakan satu langkah yang proaktif dan tepat dengan keadaan pada hari ini. -Gambar fail

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Industri acara perniagaan perlu tingkat kerjasama sektor awam, swasta - Irmohizam
Industri acara perniagaan secara langsung menjana lebih banyak keluaran (jualan perniagaan) daripada banyak sektor global yang besar.

Irmohizam terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat CEO Korporat - WDETS
Anugerah tersebut memberi mesej penting akan peranan ekonomi digital dalam masyarakat kini terutama selepas pandemik COVID-19.

COVID-19: Jumlah kehadiran penerima vaksin di PPV WTC KL cecah 18,000 sehari - Irmohizam
Irmohizam berkata orang ramai diminta bersabar serta mengikuti arahan dan SOP yang ditetapkan bagi melancarkan urusan pemberian vaksin.

Irmohizam muncul anak tempatan pertama dilantik Profesor Pelawat di Universiti Huaqiao
Huaqiao University ditubuhkan oleh pada tahun 1960 dan merupakan antara universiti terawal di republik itu yang menerima bilangan pelajar Malaysia yang ramai.

Irmohizam bakal wakili negara di Perhimpunan Agung WTCA di New York
Irmohizam merupakan rakyat Malaysia pertama menyandang kerusi dalam Majlis Penasihat Anggota (MAC) World Trade Centers Association (WTCA).

Manifesto BN inklusif termasuk negeri pembangkang - Irmohizam
Manifesto BN lebih mementingkan serta memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang besifat serius dan ikhlas.

Dakwaan Azmin Ali dalam twitter tindakan terdesak Irmohizam
Dakwaan Azmin Ali yang mendedahkan kononnya seorang menteri kanan akan meletakkan jawatan dalam catatan Twitter peribadinya pada Jumaat dilihat sebagai tindakan terdesak.