Insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada satu majlis di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini, adalah biadap dan tidak mencerminkan akhlak yang baik.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan Jemaah Menteri memandang serius insiden serangan pada Jumaat lepas itu dan tindakan kasar tersebut perlu dikecam.
"Negara mempunyai undang-undang. Kerajaan mengamalkan "Rule of Law" (kedaulatan undang-undang) dan semua pihak tanpa kecuali, harus mematuhi undang-undang negara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menegaskan bahawa pihak berkuasa juga mesti menegakkan undang-undang secara telusdan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak menghormati undang-undang.
"Hanya mereka yang menjadi anggota kerajaan yang berhak memberi arahan. Itu pun jika arahan bercanggah dengan undang-undang atau SOP (prosedur operasi standard), petugas tidak perlu bertindak," jelasnya.
BACA: Syed Saddiq terpaksa lari, guna jalan tikus, lompat pagar
BACA: 'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
BACA: Polis tubuh pasukan khas siasat kekecohan program Syed Saddiq
Menurut kenyataan itu, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak termasuk di negeri-negeri, yang tidak menghormati undang-undang negara termasuk yang tidak mematuhi arahan yang diberi oleh kerajaan.
Pada 1 Feb, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) parti Bersatu berkata kumpulan tidak diundang seramai kira-kira 200 orang tiba-tiba muncul di majlis rapat umum yang dihadirinya, di Ulu Tiram dan melakukan provokasi.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan beliau terpaksa mengalah dan melompat pagar serta menggunakan 'jalan tikus' untuk mengelak kumpulan 'penyerang' berkenaan selepas dinasihat penganjur dan polis.
Polis kemudian menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas untuk menyiasat dan mengenal pasti suspek yang terlibat dalam insiden sekumpulan pemuda melakukan provokasi dan kekecohan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 05 2020

Pada 1 Feb lalu, seramai kira-kira 200 orang tiba-tiba muncul di majlis rapat umum yang dihadiri Syed Saddiq, di Ulu Tiram dan melakukan provokasi terhadapnya. - Gambar fail/Astro AWANI
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.

KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.

Persatuan Bola Sepak Singapura doakan Faisal Halim segera sembuh
FAS bersolidariti dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan mengecam sebarang bentuk keganasan terhadap pemain dan pegawai

JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.

Empat kanak-kanak maut lelaki bersenjatakan kapak serang prasekolah
Sekurang-kurangnya empat kanak-kanak maut manakala beberapa lagi cedera dalam insiden serangan di sebuah prasekolah di selatan Brazil pada Rabu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Siasatan bersama dijalankan selepas suami Pelosi diserang dalam kejadian pecah rumah
Polis Capitol AS membantu Biro Penyiasatan Persekutuan dan Polis San Francisco dalam siasatan bersama ke atas insiden itu.

Serangan ke atas Syed Saddiq biadap - Jemaah Menteri
Insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada satu majlis di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini, adalah biadap dan tidak mencerminkan akhlak yang baik.

Lapan cedera insiden tikaman di kompleks beli-belah Minnesota
Serangan di Crossroads Mall, kira-kira 97km di barat laut Minneapolis itu berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan.

Serang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka: Lima ditahan, empat diburu - KPN
Lima yang ditahan itu berumur lingkungan 27 hingga 56 tahun ditahan di sekitar Dengkil, Perak dan Kuala Lumpur awal pagi ini oleh pasukan polis Selangor.