SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hanya menguruskan jenazah pesakit COVID-19 yang telah dilepaskan oleh pihak hospital, kata pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.
Beliau berkata perkara seperti memaklumkan tentang kematian pesakit COVID-19 dan kehadiran waris ke hospital adalah di bawah urusan pihak hospital.
"Beberapa serangan terhadap JAIS di media sosial dalam hal pengurusan jenazah COVID-19 adalah suatu telahan yang menyimpang.
"Ia juga tidak tepat, bersifat prejudis dan boleh menimbulkan perspektif buruk kepada dasar dan ketetapan baharu JAIS berhubung pengurusan jenazah COVID-19 yang telah dikuatkuasakan di seluruh Selangor pada 28 Julai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Shahzihan berkata pihaknya mengambil maklum berkenaan beberapa tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada JAIS di media sosial dalam melaksanakan ketetapan baharu JAIS berhubung pengurusan jenazah COVID-19.
Beliau berkata pengendalian pengurusan jenazah COVID-19 di Selangor telah disemak semula bagi membantu mengatasi kekangan dan meringankan tekanan pasukan barisan hadapan hospital terutamanya di Bahagian Forensik bagi mengelak berlaku semula backlog (tunggakan) jenazah kes kematian orang Islam akibat virus itu.
"JAIS ingin menegaskan dan mengesyorkan sekiranya pihak waris jenazah COVID-19 atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana individu mempunyai bukti terhadap perlanggaran ketetapan terbaharu itu atau perbuatan jenayah atau salah guna kuasa, terus buat aduan kepada JAIS atau laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Mohd Shahzihan berkata jabatan itu juga menetapkan bahawa tiada sebarang bayaran dikenakan kepada keluarga atau waris atas setiap pengurusan jenazah COVID-19 yang diuruskan oleh pihaknya.
Beliau berkata bayaran hanya dikenakan oleh pihak pengurusan tanah perkuburan termasuk kos membuat keranda jika perlu yang terus dibayar oleh keluarga atau waris kepada pihak pengurusan tanah perkuburan terbabit.
Katanya JAIS telah menetapkan tanah perkuburan yang sesuai bagi urusan jenazah COVID-19 untuk kemudahan semua pihak namun bagi situasi berkeperluan khas, pihaknya boleh membuat pertimbangan tertentu untuk melakukan perubahan yang bersesuaian dengan kepentingan umum, khususnya umat Islam.
Pada masa yang sama, JAIS juga mempelawa para sukarelawan dan mana-mana NGO yang ingin bekerjasama dengan Pasukan Petugas JAIS (Pengurusan Jenazah COVID-19) dalam membantu menguruskan jenazah berkenaan, perlu mematuhi ketetapan yang dibuat oleh jabatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 02 2021

Mohd Shahzihan berkata JAIS juga menetapkan bahawa tiada sebarang bayaran dikenakan kepada keluarga atau waris atas setiap pengurusan jenazah COVID-19. - Gambar/ Bernama
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008 - Exco
Sebanyak 606 sekolah tahfiz di Selangor dikenal pasti tidak pernah mendaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak 2008.

Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunuh warga emas digantikan penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati bekas pemandu lori yang didapati bersalah membunuh wanita warga emas berusia 85 tahun kepada penjara 40 tahun.

90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.

Tiada sijil halal, pemilik restoran dakwa pelanggan suruh tampal label 'Muslim Kitchen'
Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.

Murid maut terkena renjatan elektrik: Sesi pembelajaran dihentikan serta-merta
JAIS mengarahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah agama di Serdang dihentikan susulan insiden murid maut terkena renjatan elektrik.

141 kertas siasatan GISBH, pendakwaan ditentukan pendakwa raya - JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka sebanyak 141 kertas siasatan berhubung GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.

Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sultan Sharafuddin mahu semua penceramah mempunyai tauliah MAIS
JAIS diminta memastikan semua penceramah yang menyampaikan pengajaran Islam mempunyai tauliah yang dikeluarkan MAIS.

JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).