KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk penggantungan sementara perintah penggulungan syarikat itu selepas gagal membayar jumlah hutang hampir RM5 bilion.
Hakim Ahmad Murad Abdul Aziz, dalam membenarkan penggantungan sementara itu juga memerintahkan pelikuidasi interim yang dilantik sebelum ini dikekalkan hingga permohonan penggantungan penuh diputuskan.
Dalam prosiding melalui dalam talian, beliau menetapkan 6 Mac ini untuk mendengar permohonan penggantungan secara penuh perintah penggulungan dan keputusan pada 9 Mac ini.
Serba Dinamik dan anak syariktanya, selaku pemohon, diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz, LK Mak, Wong Ming Yen dan Sandra Tan.
Pada 10 Jan lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan petisyen yang difailkan oleh enam institusi kewangan untuk menggulung SDHB dan tiga anak syarikatnya iaitu Serba Dinamik Group Berhad (SDGB), Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) and Serba Dinamik International Ltd (SDIL).
Enam institusi kewangan, selaku pempetisyen, ialah Standard Chartered Saadiq Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, AmBank Islamic Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, United Overseas Bank (Malaysia) Bhd dan Bank Islam Malaysia Berhad.
Pada 30 Jan lalu, SDHB dan anak syarikatnya memfailkan permohonan untuk penggantungan sementara perintah penggulungan syarikat sementara menunggu kes rayuan diputuskan.
Dalam affidavit menyokong permohonan penggantungan, mereka berkata jika permohonan tidak dibenarkan, kontrak mereka akan ditamatkan dan tidak boleh dipulihkan serta akan mengalami kerugian yang tidak boleh diperbaiki.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) dan tiga anak syarikatnya untuk penggantungan sementara perintah penggulungan syarikat itu selepas gagal membayar jumlah hutang hampir RM5 bilion.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.
[TERKINI] Syarikat lori tayar tercabut sebabkan tujuh maut didakwa lebih muatan
Sebuah syarikat logistik yang terbabit dalam nahas maut mengorbankan tujuh individu hujung Disember lalu didakwa di Mahkamah Majistret Alor Gajah atas pertuduhan membawa muatan melebihi had dibenarkan.

Dua sahabat mengaku salah rompak berkumpulan guna senjata, cederakan dua lelaki
Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak secara berkumpulan menggunakan senjata dan mencederakan dua lelaki di Bachok, pada 30 Jan.

Sukan olahraga hilang 'sentuhan' Harun Rasheed
KOM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menghargai jasa beliau kepada sukan tanah air.

Berpuasa tidak halang Nurul Izzah tampil aksi cemerlang di Turkiye
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri berjanji akan menampilkan aksi cemerlang meskipun beraksi ketika berpuasa di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bursa tegur, denda MD/CEO Serba Dinamik RM15,000
Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka dan mengenakan denda RM15,000 terhadap Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah.

Serba Dinamik, tiga anak syarikat dapat penggantuangan sementara perintah penggulungan
Hakim menetapkan 6 Mac ini untuk mendengar permohonan penggantungan secara penuh perintah penggulungan dan keputusan pada 9 Mac ini.

Abdul Karim ikrar pulihkan saham Serba Dinamik
Abdul Karim yang sebelum ini turut mengurangkan pegangan sahamnya ekoran jualan paksa, menegaskan tindakannya melupuskan 55.9 juta saham waran dalam minggu 'adalah semata-mata keperluan perniagaan'.

Serba Dinamik sasar 200 megawatt tenaga boleh baharu tahun ini
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya Datuk Dr Abdul Karim Abdullah berkata setakat ini projek berkenaan sedang dibangunkan di Sabah, Perak dan Laos.