BELGRADE: Situasi kecemasan diisytiharkan di bandar timur Pirot, serbia selepas kereta api barang yang membawa ammonia tergelincir pada petang Ahad.
Kemalangan itu menyebabkan gas ammonia yang mudah terbakar dan toksik terlepas ke atmosfera menyebabkan berpuluh-puluh individu jatuh sakit.
Justeru itu, lebuh raya, sekolah dan institusi awam di kawasan tersebut kekal ditutup pada Isnin.
Pihak berkuasa berkata, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca kemalangan itu.
Menteri Infrastruktur, Goran Vesic berkata, kebimbangan kini adalah untuk menangani keadaan di tempat kejadian dan mengelakkan kerosakan selanjutnya.
Beliau menambah, pihak berkuasa juga akan melihat sama ada terdapat pelanggaran prosedur ketat untuk mengangkut bahan toksik.
Lebih 50 orang mendapatkan bantuan perubatan di sebuah hospital tempatan di Pirot manakala 15 lagi dipindahkan ke bandar selatan Nis.
Penduduk di kawasan itu juga dinasihatkan supaya tidak minum air paip atau menggunakannya untuk menyediakan makanan buat masa ini.
Polis di Pirot mengesahkan mereka menemui seorang maut berhampiran lokasi kemalangan dengan pasukan forensik masih belum menentukan punca kematian.
Kebocoran gas ammonia boleh menjadi mudah terbakar dan boleh menyebabkan kecederaan serius atau kematian.
Astro Awani
Tue Dec 27 2022
Gas ammonia yang dilihat terlepas ke udara susulan kereta api barang yang tergelincir pada Ahad. - Foto Twitter/@hsczbnsdwv
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna
Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu, bahkan mengecam keras tindakan ICC.
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.
Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump
Kunjungan Netanyahu ke White House menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang melawat AS dalam penggal kedua pentadbiran Trump.
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Serbia isytihar situasi kecemasan susulan insiden kebocoran ammonia
Kebimbangan kini adalah untuk menangani keadaan di tempat kejadian dan mengelakkan kerosakan selanjutnya.