Kira-kira 100 belia telah ditahan dalam satu serbuan mengejut oleh pihak polis ketika persembahan muzik di pentas independen, Rumah Api, di Pekan Lama Ampang, lewat malam tadi.
“Jika begitu (operasi mengenai perhimpunan BERSIH 4), kami tentu sudah ditahan di dalam lokap sekarang,” katanya.
Difahamkan, polis menyerbu ruang persembahan itu ketika kumpulan punk hardcore Virginia on Duty sedang beraksi pada kira-kira jam 11.30 malam.
Walaupun punca serbuan masih belum dijelas, ahli muzik veteran Joe Kidd memberitahu Malaysiakini beliau meragui serbuan itu mempunyai apa-apa kaitan dengan perhimpunan Bersih 4 yang bermula hari ini.
Portal seni terkemuka "Kakiseni" melaporkan menerusi akaun Twitternya bahawa mereka yang ditahan dikatakan akan menjalani ujian dadah bagi heroin dan amfetamin.
Menurut tweet portal tersebut, ramai orang dipercayai beralih ke balai polis untuk menegakkan keadilan bagi golongan belia yang ditahan tanpa sebab.
Pemilik Rumah Api, Wan Hazril and Man Beranak dipercayai direman selama empat hari dan yang lain direman selam tiga hari tanpa sebarang dakwaan.
Kakiseni kemudian melapor tahanan #RumahApi adalah disebabkan oleh pengharaman bahan bercetak dan risalah perhimpunan Bersih 4 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Tahanan Rumah Api disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Hiburan, Seksyen 41 (b) Akta Hasutan dan Kanun keseksaan 143 perhimpunan haram.
Sementara itu, kini hashtag #RumahApi membanjiri media sosial dengan pandangan ahli-ahli muzik serta golongan belia.
Kebanyakan mereka menunjukan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak berkuasa yang melibatkan industri hiburan dalam isu politik.
Kohilah Sekaran
Sat Aug 29 2015

Kira-kira 100 belia telah ditahan dalam satu serbuan mengejut oleh pihak polis ketika persembahan muzik di pentas independen, Rumah Api, di Pekan Lama Ampang, lewat malam tadi. - Foto: Twitter Kakiseni
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Fesyen, muzik bergabung di konsert mini XO House X High Cultured
Konsert mini XO House x High Cultured berlangsung penuh tenaga di Bentley Music Auditorium, dihadiri oleh hampir 1,000 penonton dan peminat yang membanjiri malam yang penuh bertenaga.

PM Anwar hadir Malam Manifestasi Tiga Seni
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Malam Manifestasi Tiga Seni yang meraikan ekspresi seni melalui integrasi seni visual, puisi, dan muzik malam ini.

Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
Komposer veteran, Tan Sri Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad.

Aktiviti hiburan, bunyi-bunyian muzik pada malam Jumaat dilarang di Kelantan - Exco
Hilmi Abdullah berkata perkara itu termaktub dalam Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

VoB cipta sejarah, band Indonesia pertama di pentas Glastonbury
Voice of Baceprot bakal berkongsi pentas dengan artis terkemuka lain seperti Coldplay dan Shania Twain.

Komposer Ross Ariffin dapat rumah, bakal bekerjasama dengan RTM - Fahmi
Fahmi menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu.

Simfoni Piring Hitam 'SputnikRekordz', menyelami kekayaan emosi seni muzik
Trend mengumpul koleksi vinil atau piring hitam semakin meraih populariti dalam kalangan peminat seni muzik hari ini.

'Tersadai' 10 tahun, Naam Katra Isai akhirnya temui penonton
Bukan sedikit cabaran yang dihadapi kru filem Tamil tempatan Naam Katra Isai yang terpaksa 'berjuang' kira-kira 10 tahun sebelum membawa karya mereka untuk tontonan umum.

Ipoh diiktiraf Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dalam bidang muzik
Ibu negeri Perak itu kini diiktiraf sebagai satu daripada 55 bandar baharu yang menyertai UCCN bersempena dengan Hari Bandar Sedunia pada Selasa.

Pelan tindakan fasa pertama tangani isu industri kreatif mula suku ketiga tahun ini
Libatkan analisis dapatan daripada empat sesi dialog awam bersama pemain industri muzik, persembahan, industri kreatif dan filem.