Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa syarikat pembalakan di Sabah adalah kerana tugas dan tanggungjawab mereka.
"Itu (serbuan) adalah peranan pihak SPRM. Saya pun tidak tahu mereka melaksanakannya.
"(Bagaimanapun) itu adalah tanggungjawab yang harus dilaksanakan (SPRM) kerana mungkin ada sesuatu perkara yang perlu mereka ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Amalan dan Pengurusan Terbaik Kaunseling Sekolah Rendah dan Menengah peringkat negeri di sini, pada Khamis.
Mohd Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar menyatakan SPRM telah mula membanteras kegiatan rasuah membabitkan aktiviti pembalakan di Sabah dengan menyerbu tiga syarikat secara serentak di Sandakan dan Tawau selain menyerbu Jabatan Perhutanan Sabah di Sandakan.
Sementara itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sedang memantau secara dekat laporan media mengenai syarikat pembalakan Sabah yang didakwa terlibat dalam pembalakan haram.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Sabin Samitah berkata LHDN ingin mengetahui syarikat mana yang terlibat dalam aktiviti pembalakan haram itu.
"Kerajaan, terutamanya negeri Sabah, kehilangan banyak hasil kerana pembalakan haram dan kami akan menyiasat sedalamnya," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Mohd Shafie di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah di sini.
Sabin juga berkata LHDN mensasarkan untuk mengutip RM4.3 bilion dalam kutipan hasil dari Sabah dan yakin sasaran itu akan dapat dicapai.
Mengenai pertemuan dengan Mohd Shafie, Sabin berkata ia adalah kunjungan hormat biasa dan antara lain beliau mengambil peluang itu untuk menjelaskan kepada ketua menteri mengenai kutipan pelbagai bentuk cukai di Sabah.
Sabin menambah bahawa lawatannya ke Sabah juga adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan baik antara LHDN dan agensi persekutuan dan agensi negeri di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 02 2018
MOHD SHAFIE: Itu adalah tanggungjawab yang harus dilaksanakan SPRM kerana mungkin ada sesuatu perkara yang perlu mereka ambil tindakan. - Gambar fail
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Sistem amaran awal bencana di 20 taman ekorimba - Jabatan Perhutanan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) akan memasang Sistem Amaran Awal (EWS) di 20 Taman Ekorimba di seluruh negara yang berisiko dilanda fenomena.
127 ditahan, RM31.86 juta nilai sitaan dalam Operasi Bersepadu Khazanah
Seramai 127 orang termasuk pemburu haram ditahan dan nilai sitaan berjumlah RM31.86 juta termasuk hidupan liar yang dirampas hasil 11 siri Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dijalankan sepanjang ta
Dapatkan permit masuk hutan simpan kekal sebelum laku aktiviti
Berdasarkan maklumat diterima Jabatan Perhutanan, terdapat individu yang memasuki hutan simpan kekal tanpa permit.
Nyahwarta HSKLU: Kerajaan Selangor telah ambil kira semua aspek - Jabatan Perhutanan
HSKLU diklasifikasikan kawasan berisiko tinggi untuk terbakar oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mengalami kemerosotan akibat beberapa kali terbakar.
Lelaki ditahan bersama 22 biji durian Musang King
Lelaki berusia 42 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu ditahan atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit.
Tiada pembalakan di kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing - Jabatan Perhutanan
Kekeruhan sumber air itu adalah disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama yang sedang dilaksanakan.
3,000 hektar hutan simpan Perak diceroboh - MB
Pencerobohan memberi kesan terhadap kawasan hutan di Perak yang seluas 1.01 juta hektar, atau 48 peratus daripada 2.11 juta hektar keluasan tanah negeri.
Jabatan Perhutanan Kelantan rancang tambah senjata api untuk penguatkuasaan
Setakat ini, jabatan itu hanya mempunyai tiga pucuk pistol dan lima laras senapang patah yang didapati tidak mencukupi untuk kegunaan pegawai dan anggota.
Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.
Pas tahunan percuma Hutan Lipur Ulu Kenas
Saarani turut menyambut baik cadangan mempromosikan keunikan tempat, budaya dan makanan popular di negeri ini menerusi program 'Moh Kenei Perak'.