KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Taman Melati di pekarangan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati di sini hari ini.
Turut berangkat Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka pada kira-kira 11 pagi disambut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
Al-Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan 12 pesakit terdiri daripada tiga wanita dan sembilan lelaki yang sedang menjalani rawatan hemodialisis di pusat tersebut.
Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin majlis perasmian berkenaan adalah bersempena ulang tahun hari keputeraan Seri Paduka yang ke-63 pada Sabtu ini.
Beliau berkata Al-Sultan Abdullah mendoakan agar pesakit yang sedang menjalani rawatan hemodialisis diberikan kekuatan dan kesabaran kerana ia bukanlah kehidupan yang mudah, malah penuh cabaran, risiko dan komplikasi kesihatan.
"Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, mengawal pemakanan harian serta mengelakkan produk- produk yang boleh memudaratkan buah pinggang," katanya.
Beliau berkata Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati, pusat hemodialisis keempat ditubuhkan YASA dan pusat hemodialisis YASA yang pertama ditempatkan di pekarangan sebuah masjid, beroperasi pada Isnin hingga Sabtu dari 8 pagi hingga 5 petang dengan 12 mesin dialisis.
"Ia atas kerjasama antara YASA, MAIWP dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta syarikat-syarikat swasta dan para dermawan yang telah menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi menjayakan penubuhannya," katanya.
Ahmad Fadil berkata Seri Paduka menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MAIWP, JAWI, agensi-agensi kerajaan yang terlibat, syarikat-syarikat swasta, para dermawan dan pihak jawatankuasa masjid atas sumbangan dan usaha dalam menjayakan penubuhan Pusat Hemodialisis YASA Taman Melati.
"Seri Paduka Baginda menyeru lebih ramai individu dan banyak lagi pihak swasta untuk tampil membantu golongan sasar mendapatkan rawatan hemodialisis menerusi tajaan dan subsidi rawatan, lebih-lebih lagi ketika ini rakyat masih lagi terkesan impak pandemik COVID-19 kepada sosioekonomi mereka," katanya.
Beliau berkata keprihatinan tinggi Seri Paduka terhadap pesakit-pesakit buah pinggang kronik dan juga keperluan perkhidmatan hemodialisis kepada mereka yang tidak berkemampuan, khususnya dari golongan M40 dan B40, telah mendorong baginda menubuhkan pusat-pusat hemodialisis bagi membantu meringankan bebanan kewangan golongan berkenaan.
"Penubuhan pusat-pusat hemodialisis YASA juga dengan tujuan murni menyahut seruan dan membantu kerajaan kerana pesakit yang memerlukan rawatan begitu ramai dengan jumlah kes baharu mencecah 8,000 kes setahun," kata Ahmad Fadil.
Ahmad Fadil berkata tiga pusat hemodialisis YASA sebelum ini, di Pekan, Pahang yang dibuka pada 11 Dis 2021, di Setiawangsa (dibuka pada 12 Ogos 2020) dan di Cheras (dibuka 7 Ogos 2019) telah menyediakan hampir 1,600 rawatan sebulan dengan peratusan penggunaan mesin di setiap pusat antara 95 dan 100 peratus pada tahun lepas.
"YASA juga sedang merancang untuk membuka sebuah lagi pusat hemodialisis di Pahang pada awal tahun depan, menjadikan jumlah keseluruhan lima pusat hemodialisis di Pahang dan Kuala Lumpur," katanya.
Ahmad Fadil berkata sebagai sebuah organisasi kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan, pusat hemodialisis YASA menerima pesakit kurang berkemampuan di bawah tajaan YASA dan juga tajaan atau subsidi daripada badan-badan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan majikan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 28 2022

Yang di-Pertuan Agong berkenan menyantuni salah seorang pesakit ketika berangkat ke Majlis Perasmian Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Taman Melati. - Foto BERNAMA

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.