PENYANYI Zee Avi mengakui ada alasan tersendiri kenapa sering mencipta lagu dalam berdurasi pendek pada karyanya.
Menurut Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 32, dia menganggap perkara itu merupakan identiti dirinya dan tidak mahu terlalu mengikut trend masa kini.
"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu kenapa sering mencipta lagu-lagu berdurasi pendek.
"Selalunya saya hanya mengarang lagu dan bila berasakan lagu tersebut telah cukup penceritaanya saya akan tamatkannya di situ sahaja.
"Saya tidak suka mengikut trend masa kini dalam menghasilkan lagu kerana lagu pendek-pendek itu merupakan identiti saya.
"Macam lagu Kantoi saya hasilkan walaupun pendek ia mudah untuk diterima ramai dan sering dimainkan oleh radio kerana durasinya pendek," katanya kepada Gempak.
Zee berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media konsert sempena Hari Wanita Antarabangsa 2019 bersama NJWA, di PWTC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan konsert Zee Avi dan NJWA sempena Hari Wanita Antarabangsa 2019 boleh dapatkan tiket di airasiaredtix.com.
Tiket dijual pada harga RM88, RM128, RM188, RM228, RM288 dan RM388 (Meet and Greet).
Gempak
Fri Feb 01 2019

Menurut Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman, 32, dia menganggap perkara itu merupakan identiti dirinya dan tidak mahu terlalu mengikut trend masa kini.
Keselamatan: pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Syarikat pengendali kenderaan perdagangan berpotensi digantung operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya kenderaan milik mereka yang terlibat kemalangan gagal proses audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kemalangan maut: Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.
Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p
Nahas lampu isyarat: seorang lagi mangsa meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di Seremban pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam Isnin.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Zee Avi kahwini jejaka Jepun
Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di sebuah surau di Ampang pada Isnin.

Sering cipta lagu berdurasi pendek, ini alasan Zee Avi
Owh!!! Inilah sebabnya...