KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau sering kali melihat 'kelibat' ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low, di pejabat timbalan perdana menteri dan Kementerian Pertahanan ketika Datuk Seri Najib Razak memegang portfolio itu.
Memetik laporan The Edge, Mohd Bakke, 67, berkata, beliau pada masa itu perlu bertemu dengan Najib secara berkala ketika menerajui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi membincangkan isu-isu berbangkit.
"Saya ditugaskan untuk menguruskan dua entiti Felda dan susulan itu saya kerap berjumpa dengan Datuk Seri Najib. Waktu itu saya ada nampak Jho Low kerap ke pejabat timbalan perdana menteri dan Kementerian Pertahanan," kata saksi pendakwaan ke-15 kes perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib, di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram.
Ketika era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan memegang portfolio Kementerian Pertahanan dari 1999 hingga 2008.
Dalam keterangan itu, Mohd Bakke turut memberitahu bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada Jho Low yang memintanya untuk kembali menyertai 1MDB yang sebelum ini dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA).
"Menurut Jho Low, Najib meminta saya bersama-sama Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin dan Tan Sri Azlan Zainol untuk menyertai semula 1MDB kerana terdapat pelaburan dan perniagaan yang akan dijalankan 1MDB itu memerlukan kepakaran kami.
"Jho Low juga memaklumkan ia penting bagi pembangunan ekonomi negara. Saya bersetuju memandang permintaan itu datang daripada Najib melalui Jho Low.
"Jho Low juga memberitahu yang surat pelantikan akan dikeluarkan selepas itu," tambahnya.
Dalam pada itu, saksi itu turut memberitahu, Najib tidak memberi maklum balas mengenai kebimbangannya berhubung hal ehwal syarikat itu.
Katanya, beliau ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Najib sebelum beliau meninggalkan 1MDB pada Oktober 2009.
"Saya memaklumkan kepada beliau (Najib) mengenai beberapa perkara yang diarahkan oleh ahli Lembaga Pengarah kepada pihak pengurusan, bagaimanapun ia tidak dipatuhi.
"Namun, tidak terlintas di fikiran saya untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa (lain) berkaitan salah laku kewangan pengurusan 1MDB kerana saya mengandaikan saya sudah berbuat demikian melalui SMS yang dihantar kepada Najib," ujarnya.
Beliau memberitahu, memandangkan kebimbangan beliau tidak mendapat perhatian Najib, beliau beranggapan Najib terbabit dan ada sesuatu yang berlaku di luar pengetahuannya.
Astro Awani
Mon May 09 2022
Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau seringkali melihat 'kelibat' Jho Low, di pejabat Najib Razak. - Gambar fail/Sinar Harian
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
1MDB: 'Saya bukan tidak siuman untuk minta bukti dokumen jejas pembelaan' - Najib
Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau bukan tidak siuman untuk meminta bukti dokumen yang boleh menjejaskan pembelaan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
'Saya tidak pernah jejak Ambank untuk lakukan rasuah' - Najib
Bekas PM, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi KL bahawa, beliau tidak pernah menjejakkan kaki di Ambank Jalan Raja Chulan, di ibu negara untuk melakukan jenayah.
Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta
Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.
1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.