Serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion yang ditadbir oleh Perancis tidak mungkin dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pegawai dari Malaysia masih meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Perancis mengenai serpihan itu.
Pada 6 Mac, cebisan sayap pesawat tersebut dijumpai di Pulau Reunion oleh Johnny Begue, orang sama yang sebelumnya menemui cebisan serupa dari bahagian sayap yang disahkan dari MH370 tahun lepas.
Mengenai kedua-dua serpihan yang dijumpai di Mozambique oleh seorang warga Amerika dan seorang rakyat Afrika Selatan minggu lepas, JACC berkata serpihan itu akan dihantar ke makmal Biro Keselamatan Pengangkutan Australia di Canberra.
"Kedua-dua serpihan akan diperiksa oleh para penyiasat dari Australia dan Malaysia serta pakar-pakar dari syarikat Boeing untuk mengesahkan sama ada ia dari pesawat MH370 dan mengenal pasti asalnya," kata kenyataan itu.
Pesawat Boeing 777 Malaysia Airline itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari imbasan radar pada 8 Mac, 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
JACC berkata usaha menjejaki pesawat tersebut setakat ini telah menjangkau keluasan lebih 90,000 kilometer persegi di dasar laut.
Bernama
Wed Mar 16 2016

Pada 6 Mac, cebisan sayap pesawat dijumpai di Pulau Reunion oleh Johnny Begue (gambar). - Foto AFP
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

MH370: Malaysia hantar pasukan selepas serpihan diserah kepada CAA - Liow
Liow berkata serpihan itu perlu diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (CAA).

Analisis serpihan dipercayai milik MH370 bermula hari ini - JACC
Pasukan penyiasat telah memulakan analisis terhadap dua serpihan yang dijumpai di Mozambique, Afrika Selatan, kata pihak berkuasa Australia hari ini.

Perancis selesaikan siasatan fasa pertama terhadap flaperon MH370 - JACC
Pasukan siasatan diketuai Perancis sudah menyelesaikan pemeriksaan fasa pertama ke atas flaperon pesawat MH370.

Misi mencari serpihan MH370 di Pulau Reunion dihentikan
Operasi mencari lebih banyak serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 di Pulau Reunion dihentikan semalam (Isnin).

MH370: 40 peratus kawasan pencarian utama telah diliputi - JACC
Usaha SAR pesawat MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi telah meliputi lebih 24,000 kilometer persegi dasar laut, iaitu kira-kira 40 peratus daripada kawasan carian utama.

Australia kekal komited cari MH370 - JACC
Kerajaan Australia kekal komited dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) hari ini.

MH370: Tiada kuasa misteri, semua hanya spekulasi
Dakwaan penyiasat nahas udara Australia yang mengaitkan kehilangan penerbangan MH370 dengan kuasa misteri baru-baru ini hanyalah spekulasi, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

MH370: DCA akan bincang dengan Inmarsat bagi dedahkan data asal - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara ini dilakukan demi pendirian kerajaan dalam mengutamakan kepentingan keluarga penumpang pesawat tersebut.

MH370: Polis Australia sedang siasat objek terdampar di timur Augusta - JACC
Pihak Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang mengkaji foto bahan tersebut untuk menentukan sama ada ianya ada kaitan dengan pesawat MH370 atau tidak.