KULAI: Kejadian bau busuk akibat tumpahan bahan kimia berjadual di anak sungai di Seelong, dekat sini, seakan mengulangi mimpi ngeri yang dialami penduduk sekitar Sungai Kim Kim di Pasir Gudang tidak lama dahulu.
Bagi penduduk Kampung Baru Sri Aman, A. Khalib Muslim menggambarkan bau hangit yang dihidu umpama bahan terbakar dan bau petrol yang kuat sehingga sukar untuk bernafas.
Dia yang sudah 12 tahun menetap di kampung ini berkata kejadian itu pertama kali berlaku di sini.
"Selepas solat isyak, saya bau hangit, bau bahan terbakar, bau menyucuk hidung dari tepi parit besar rumah bawah tu dekat pokok tebu.
"Bau amat kuat sampai rasa susah nak bernafas. Saya suluh di parit, ikan dengan labi-labi terlentang habis," kata A. Khalib.
Bagi penyelia tapak, Yahya Mohd Nasir, dia menggambarkan bau yang dihidunya seperti dialaminya dalam kejadian di Pasir Gudang.
"Malam tadi ada orang telefon, saya buka pintu, bau kuat rasa macam nak pengsan.
"Saya ambil tuala tutup. Saya sedar dalam pukul 10.30 malam, macam bau toksik serupa bau di Pasir Gudang.
"Ini kejadian kali pertama. Rumah saya dekat dengan tali air, tak sampai 50 ke 90 kaki.
"Jiran rumah depan, isteri dia pengsan," kata Yahya.
Bagi Muhd Zairan Rahmat, seorang peniaga, kejadian itu menjadi igauan ngeri apabila anaknya yang kurang upaya terpaksa dibawa ke hospital setelah pengsan akibat sesak nafas.
"Pukul 10 malam, anak saya telefon sesak nafas, minta tolong saya keluarkan. Anak saya OKU sesak nafas dan pengsan, nasib baik kebetulan ada anggota bomba. Dia bawa ke hospital.
"Bau dia kuat sangat. Baunya lagi kuat daripada bau petrol. Nak bernafas pun tak boleh.
"Macam kurang udara; tak ada oksigen. Nak sedut nafas jadi sakit," kata Muhd Zairan.
Tinjauan Astro AWANI di lokasi masih terdapat bau kuat dan kesan tompokan minyak di sekitar kawasan tali air di kampung tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika ini mengawal lokasi bagi mengelak orang awam memasuki kawasan terbabit.
BACA: Penduduk sesak nafas, tumpahan bahan kimia dikesan di kawasan anak sungai Seelong
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam pada Selasa, dua penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong pengsan selepas terhidu bau busuk disyaki bahan kimia daripada sungai berhampiran.
Dua wanita berusia 20 dan 40an itu dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.
Difahamkan 102 penduduk terpaksa berpindah sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed Sep 15 2021
Sekatan ke kawasan tali air di Kampung Baru Sri Aman susulan bau kuat dari anak sungai berhampiran. -Astro AWANI
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
'Sesak nafas sampai ada yang pengsan' - Penduduk gempar bau kuat dari anak sungai Seelong
Penduduk menggambarkan bau hangit yang dihidu umpama bahan terbakar dan bau petrol yang kuat sehingga sukar untuk bernafas.