PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan Sisters In Islam Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran sebenar Islam.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk M. Gunalan yang mendengar rayuan itu mencapai keputusan majoriti 2-1.
Keputusan majoriti dicapai oleh Has Zanah dan Che Mohd Ruzima manakala Gunalan menentang.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili SIS Forum untuk menangguhkan sementara pelaksanaan fatwa itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.
Terdahulu, Che Mohd Ruzima yang menyampaikan keputusan majoriti berkata tiada merit dalam rayuan SIS Forum dan mahkamah berpandangan bahawa fatwa yang dikeluarkan oleh jawatankuasa itu bukan keputusan muktamad justeru tidak boleh dicabar melalui permohonan semakan kehakiman.
Beliau berkata peruntukan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntuk fatwa boleh diubah melalui pindaan, modifikasi atau pemansuhan.
"Ini bermakna pemohon boleh pada bila-bila masa memohon responden (Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor) untuk mengkaji semula warta fatwa tersebut sekiranya dapat dibuktikan bahawa falsafah dan pegangan mereka tidak terjumlah kepada fahaman liberalisme dan pluralisme," katanya.
Che Mohd Ruzima juga berkata fatwa itu tidak bercanggah dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Fatwa itu, yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Julai 2014, telah mengisytiharkan bahawa SIS Forum, individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme serta pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Ia turut mengarahkan mereka supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran sebenar Islam.
Fatwa itu juga mengarahkan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural hendaklah diharamkan serta dirampas selain meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menapis laman sesawang sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.
Gunalan pula memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf menolak permohonan semakan kehakiman SIS Forum pada 27 Ogos 2019 kerana fatwa itu tidak terpakai kepada organisasi tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Che Mohd Ruzima berkata fatwa itu tidak bercanggah dengan Perkara 5 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. - Fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Sesat dan menyeleweng: SIS Forum gagal batal fatwa MAIS
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Sisters In Islam Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan menyeleweng.